Feb 23 2008

Kedai Makan Rahmat, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang

Published by zaki at 12:59 am under Food Stuff

Kelmarin, sebelum lunch break, member sekerja aku telefon dan ajak makan tengahari. Aku tanya, “Apesal tiba-tiba takde puting beliung, takde taufan, tetibe je ajak makan?”. Dia kata, “Alah….ikut je lah…. Ada orang belanja makan, makan aje la…”. Aku yang memang tengah diet time tu, terpaksalah follow he member aku tu.

Tepat jam 1300 Hrs, aku pun jumpa member aku kat tempat scan card dan clock out. Rupanya dia kata ada supplier nak belanja makan. Aku bukannya kenal pun siapa supplier ni? Tapi tak kisahlah, dah ada orang nak belanja makan, belasah je lah ;) . So, aku pun follow member aku ni dan rupa-rupanya kita dibawa makan ke Kedai Makan Rahmat.

kedai makan rahmat 3

Sign board restoran ni pakai tayar lori yang di ‘recycle’ semula. Tayar lori tu belum botak lagi! Tapi mungkin dah bocor kut… Nak kata sign board ni “unik” atau “budget?” itu pilihan anda. Tapi hakikatnya, taukeh kedai makan Rahmat ni memang loaded. Berkat kemajuan dan kemakmuran kedai makannya, dia ada 3 buah kereta mewah parking dekat rumah sebelah restoran tu. Sign board dia tu memang perlu ditukar atau diperbaiki, sebab ada huruf-huruf yang dah ‘vaporized’ atau lesap. Well, takpe lah, kita makan sajalah.

k4

Ini bukan kali pertama aku mengunjung kedai makan ni. Kalau tak silap percaturan aku, ini mungkin kali ke-3 aku singgah bersantap kat sini dalam tempoh hampir 3 tahun aku mencari sekeping pizza sesuap nasi di Pasir Gudang. Masuk dalam kedai makan je, Fuhhh!!! Ramainya manusia. Supplier dan member aku yang sudah acapkali makan kat situ cakap, Kedai Makan Rahmat ni buka tengahari dan peak “hour”nya adalah dari pukul 1300 sampai 1400 Hrs. Malam taukeh dia tak berniaga. Cukuplah dengan buka bisnes tengahari je, dah masyuk banyak giller.

Aku pun kekadang terfikir, kenapalah ramai sangat pengunjung kedai makan ini. Adakah sebab makanannya? Atau sebab suasana indah nyaman angin sepoi-sepoi bahasa di tepi laut? Let’s check it out?

kedai makan rahmat 1

Semua meja memang penuh. Siap ada orang kena berdiri tunggu nak makan. Tapi aku ter”miss” ambil gambar orang berdiri.

kedai makan rahmat 4

Kedai Makan Rahmat ini sebenarnya menjadi tumpuan pekerja industri, pekerja kontrak dan projek, mereka-mereka yang hendak entertain client, mereka-mereka yang nak sekali-sekala makan special.

k1

Ikan siakap goreng inilah yang membuatkan warga industri kawasan Pasir Gudang kemaruk santau. Bagi aku, ikan siakap besar ini cara masaknya simple: goreng je. Foto ikan siakap di atas – sudut selatan.

k2

Foto ikan siakap – sudut utara.

sambal

Sambal kicap untuk dicicah semasa melahap si siakap tu.

kedai makan rahmat 2

Aneka masakan melayu nusantara menjadi sajian. Lauk-lauk lain pun sederhana macam biasa. Ada ayam masak merah, udang goreng (yang di pasar jual RM18/kg tu), tempeh masak cili, sambal belacan dan beberapa masakan melayu yang aku kurang familiar. Lauk lain add lagi, tapi tak order.

belacan

 Sambal belacan, bukan aku yang nak, tapi member Tionghua aku yang menggemarinya.

k6

Kalau nak minta fresh orange, minta maaflah… Takde. Tapi Kedai Makan Rahmat menawarkan air limau special. Hidangan asas air lain seperti teh, sirap dan sebagainya tu memang adalah.

k5

Tatkala bersantap, kekadang nampak bot dan feri yang ulang alik dari Stulang Laut ke Batam. Nun jauh di sana, kelihatan Singapura, belah paya bakau.

k3

Tengahari masa matahari mengembang terik, ada juga anak muda yang menyejukkan badan dan merapatkan ukhuwah sesama member dalam air laut. Ini pemandangan dari Kedai Makan Rahmat belah tepi, dekat tempat cuci tangan.

k6

Bukan setakat rumah dan pondok kecil atas laut, tapi tampak di situ kren berkuasa besar berdekatan dermaga pelabuhan Pasir Gudang.

So, kalau korang berminat nak merasakan suasana desiran bayu sambil melahap menu utama ikan siakap size besar, menghalalah ke Johor Bahru > Pasir Gudang > Kampung Pasir Puteh > melalui beberapa rumah kedai dan jalan kampung. Kalau tersesat, tanyalah orang tepi jalan, tapi orang tepi jalan tu mestilah orang di kawasan Kampung Pasir Puteh. Tapi jangan datang malam sebab tak buka.

Harga, kira ok lah. Kalau atas meja ada ikan siakap goreng trade mark Kedai Makan Rahmat tu, standby RM40. Itu kira sekali dengan beberapa side dishes asas dan air limau satu jug (kalau datang 4-5 orang). Selamat mencuba dan menjamu selera.

More Related Posts:

34 responses so far

34 Responses to “Kedai Makan Rahmat, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang”

  1. KNizamon 23 Feb 2008 at 9:57 am

    alamak zaki. kat sinilah tempat favourite aku nak pegi lunch masa weekend2 masa aku dok kat pasir gudang dulu. aisey teringat kenangan lama makan2 kat sini. memang sedap kan kuah kichap dia. siap ada pisang besar lagi buat dessert. hehehe :) alas meja dia warna merah kan. kalau orang dah habes makan, dia clearkan semua makanan2 ngan alas2 meja sekali. hehe :)

    gambar2 sultan dan kerabat juga ada kat dalam kedai makan neh kan. hehe best lah makan kat sini. menu dia simple je. ikan and then nasi. lepas tuh ada sayur kacang or tempe goreng sambal. tu saja. tapi memang best giler! aku kena turun jb/pasir gudang la camni.

    dulu kadang2 aku cuci kereta kat area entrance ke kg pasir puteh neh. lepas tuh terus lunch kat sini. best wooooo. aku rasa sebab dia tepi laut. dulu masa aku lunch ada satu kapal besar dok kat depan tuh. dekat 3 tahun aku perhati kapal tuh tak bergerak2 pun. setiap bualn ada kat situ. tak sure la plak kalau sekarang ada lagi. hehe :)

    rindu plak ngan masakan kat sana. kalau buat senarai jalan2 cari makan memang berlambak2 kat jb tuh. hehe :)

    aiseyman tercomment panjang plak. sorri :) hehe :) aku comment mcm buat blog entry plak.

    nanti lah kalau aku ada masa aku buat entry khas jalan2 carik makan kat jb/pasir gudang. hehe :)

    [Reply]

  2. zakion 23 Feb 2008 at 11:52 am

    @ KNizam,

    Haha…Tak sangka ada blogger yang dah sampai. Siap tolong beri informasi tambahan. Tapi memng cool makan kat sini. Apa yang ko kata tu semua nya tepat.

    Baguskan juga kalau buat list jalan2 cari makan. Memang aku dah ada a few list of them…;_

    Komen panjang, tak kisah…bernas apa? Good..keep it up.

    [Reply]

  3. amon 23 Feb 2008 at 11:33 pm

    makan2 bestnya… cuba zaki bagitau…am tengok air limau tu biasa je… apa yang special sangat dengan limau dia..?

    [Reply]

  4. azwanhadzreeon 23 Feb 2008 at 11:36 pm

    nampak sedap gila, ikan cicah ngan kicap tu. aku pun akan enjoy seafood bila ke KK next week.

    [Reply]

  5. zakion 23 Feb 2008 at 11:41 pm

    @ Am,

    Air limau dia memang biasa je, tapi kenapa ntah, macam menyegarkan je bila minum sejuk-sejuk gitu ;)

    @ Azwan,

    Boleh lah tapau kan sea food kat KK tu. Tak pun courier ke JB… he he…

    [Reply]

  6. syuxxon 24 Feb 2008 at 12:14 am

    fuhh~ best betul tempat tu.
    aku terpesona tgk tempat mandi manda tu.
    lol. rindu lah pulak suasana macam kampung.
    hahaha
    ^_^

    [Reply]

  7. zakion 24 Feb 2008 at 1:46 am

    @ syuxx,

    Ha ha….itu macam tempat tinggal campur tempat mandi…

    [Reply]

  8. Mawieon 24 Feb 2008 at 3:33 am

    Alamak…..! Terliur dibuatnya. Kat UK tadak mcm tu!!!!

    [Reply]

  9. sis zixleaon 24 Feb 2008 at 5:01 am

    skali skala bawakla mkn kat sini….
    hehehe

    [Reply]

  10. zakion 24 Feb 2008 at 1:59 pm

    @ Mawie,

    It’s ok mawie… Tangkap ikan Salmon, then masaklah ikut cara orang melayu. Gerenti tangkap leleh punya… ;)

    @ Sis zixlea,

    Eh, no problem, boleh je. When is your holiday. Sekali sekala makan kat tepi pantai camtu kira cool gak…

    [Reply]

  11. titanon 24 Feb 2008 at 2:06 pm

    Mak aii. Kecur tengok ikan tuh..Sayangnya aku dok lain tempat. Apapun..aku dah jadi lapar balik dah ni walaupun baru je makan setengah jam yg lepas..

    [Reply]

  12. zakion 24 Feb 2008 at 3:22 pm

    @ Titan,

    Ha ha….No problem, ko boleh datang JB, hala ke Pasir Gudang dan seterusnya ke Kg Pasir Puteh dan menikmati hidangan tengahari yang mengujakan ditemani angin sepoi2 berderuan dari laut ;)

    [Reply]

  13. azwanhadzreeon 24 Feb 2008 at 4:56 pm

    akan aku usahakan .. udang goreng butter untuk kau .. tapi aku takut on the way ke post office … aku yang makan

    [Reply]

  14. zakion 24 Feb 2008 at 5:02 pm

    @ Azwan,

    Ceh!!! Takpelah, tapau kan bau pun takpe… ;)

    [Reply]

  15. azwanhadzreeon 24 Feb 2008 at 5:41 pm

    bau? ok lah aku akan cuba pos kan kulit-kulit udang tu.

    [Reply]

  16. [...] normally what other bloggers would do, to take pictures of food sebelum makan … macam kat kampung pasir puteh. Aku ambil selepas makan. Ia benar-benar sedap sehinggakan tak sempat nak ambil gambar-gambar [...]

  17. zakion 24 Feb 2008 at 5:50 pm

    @ Azwan,

    OK lah….daripada takde langsung…. ;)

    [Reply]

  18. zaki blogjeron 26 Feb 2008 at 9:25 pm

    40 ok apa. Ikan siakap 13ringgit sekilo klu kat lembah klang ni.

    Tak baik la ngko Azwan, kulit udang je yg tinggal, hehe

    [Reply]

  19. Aizaton 27 Feb 2008 at 9:14 am

    Tak penah lagi ke sini.. nampak best.. mungkin bile aku melawat abang aku yang bekerja di CIMB gelang patah itu boleh lah aku ajak die ke sini..

    [Reply]

  20. megaton 27 Feb 2008 at 2:08 pm

    Kedai Pak Rahmat Kg Pasir Putih!

    Memang jadi port aku ngepau klien dan supplier semasa aku bekerja di MMHE eheh. Seronok makan kat situ. Yerla tepi pantai. Angin sepoi-sepoi. Tapi sentiasa penuh dan sesilap kena book.

    [Reply]

  21. zakion 27 Feb 2008 at 7:29 pm

    @ Blogjer,

    Aku agak2 je harga tu. Maklumlah, aku makan situ tak pernah bayar. Asyik2 orang belanja ;)

    Kulit udang tu, aku amik aroma je la… Nak buat camna… Ada orang tu lebih lapar siuttt.

    @ Aizat,

    Yep, ajak lah bro ko tu makan kat tempat tu. Tapi dari Gelang Patah mau kena travel around 50 km ++

    @ Megat,

    Yep. Macam aku juga. Aku tak pernah bayar makan situ. Memang supplier je yang bayar…aku baru je makan ngan bini aku tadi…datang sendirian berhad, tapi terjumpa supplier lagi. Dia pun settlekan bil aku… Isk…bila la aku nak bayar sendiri…? ;)

    [Reply]

  22. Speed Updates at zakiyamani.comon 29 Feb 2008 at 1:32 am

    [...] traveled all the way from Skudai to Pasir Gudang (roughly 48km) to have a lunch date with me at Kedai Makan Rahmat. She has been begging me to bring her there for a lunch. At 1pm sharp we headed to Kampung Pasir [...]

  23. Benton 18 Mar 2008 at 9:14 pm

    Hahhaha,,mcm lucu pula..bila lah nak bayar sendiri kan..? asyik orang je yg bayar..? tapi memang jimat kalau mcm tu.

    [Reply]

  24. Cyza Sectoron 06 Jul 2008 at 2:28 pm

    [...] my last day, my boss arranged for surprise lunch at Kedai Makan Rahmat. I really did not expected that. We enjoyed the lunch but I did not ate very much because I was [...]

  25. [...] Untuk maklumat dan review Kedai Makan Rahmat, klik di sini. [...]

  26. [...] zaki yamani [...]

  27. kucai89on 11 Feb 2009 at 7:42 pm

    taukeh kedai makan ni bukan orang lain dgn saya, kira bau2 keti jer. sekarang ni kedai tu dah diambil alih oleh anaknya. tapi masakannya still sama, mengancammmm…

    dulu2 tu.., situlah tempat saya berendek sambil pau pakwe makan siakap. tapi biasanya dapat mee sup jer…

    [Reply]

    kucai89 reply on February 11, 2009 7:45 pm:

    lupa nak bagi tahu, saya tinggal kat kampung tu juger…. kalau nak tahu apa2, bagi tahu le. insyallah….

    [Reply]

    cyza reply on February 12, 2009 7:34 am:

    OK kucai…terima kasih….
    Bila nak belanja kite pulak???

    [Reply]

  28. kucai89on 16 Feb 2009 at 2:34 pm

    belanja eh….
    nantilah, tunggu ekonomi naik ok.

    [Reply]

  29. aripon 19 Aug 2009 at 11:01 pm

    alo
    sp thu jln pntai

    [Reply]

  30. ujangon 07 Sep 2009 at 5:12 pm

    aku dulu biasa makan kat sini.Masa tu kerja kat pasir Gudang tahun 1992 hingga 1995.

    [Reply]

  31. ujangon 07 Sep 2009 at 5:14 pm

    Kat kedai bang Rahmat ni memang best.Lagi satu kat misoto Pak Abu,org Kedah punsedap.Dah 11 tahun tak ke sana. Layanan bang Rahmat memang class.Yang tak pernah pergi boleh try

    [Reply]

  32. Arnieon 06 Mar 2010 at 7:26 am

    stool frequency toddler
    descuido teta
    craigslist col spgs
    jukar gun kit
    busted celibritys
    ammunition comparative chart
    oklahoma public intoxication fine
    how to get stna license in ohio
    bangla oshlil golpo
    chicas mostrando el culo
    bus madison to ohare
    phijm cap 3
    craftsman snowblower model 536 886122
    pickup truck window murals
    www att com internetaccount
    teen mexicanas cojiendo de lo lindo
    ninel conde fotos encuerada barbara mori
    penélope menchaca naked
    snowthrower manual 536 918000 by murray
    lateral area of a triangular pyramid calculator

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply