Hati sebesar Cawan

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

” Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? “ lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, ” bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? “ . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

” Anak muda… ” lelaki tua itu bersuara .


” Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. ” ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil…air diisi…dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.


” Sekarang kamu minumlah air tersebut “. Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.


” Apa rasanya? “, tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.


” Masin! ” lelaki tua itu tersenyum lagi.


” Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. ”

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

” Apa rasanya, anakku? ” soal lelaki tua itu.


” Tawar, tidak masin seperti tadi “, lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.


” Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? ”
tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

” Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri ” .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada! Moral:
Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

Share and Enjoy

23 thoughts on “Hati sebesar Cawan”

  1. after read..i think that is true man….dont thing when u have big problem..u cannot settle it..just thing wider..hohhoo…every problem has its solution..

  2. Memanng betul Farah, sebenarnya memang kalau ada masalah kita harus tenang, relax, kool, dan jangan kelam kabut, jangan cepat marah, jangan tension sangat.

    InsyaAllah, kita akan ok dan rilex lepas tu.

    Kadang2 saya ambil pendekatan rilex… tenang…sometimes kalau hilang barang2 penting pun camtu, rilex…sebab saya percaya nanti barang2 tu akan ditemui kembali…dah banyak kali dah jadi macam tu kat saya…

    contoh barang yang lesap dan jumpa balik…

    -kunci office bilik (hilang tapi tak perasan tiba2 terjumpa balik)…
    -diari 2008
    -diari 2009

  3. wah.. inspired la dengan kisah ni.

    hati sebesar cawan xsetanding hati sebesar kolam.

    besarkan jiwa, tenangkan hati.

    trimas! =D

  4. Aku masih ingat masa aku dok fikir sgt masalah aku dulu, last2 aku jumpa doktor sbb kerap sakit. Doktor tu ckp aku selalu tak sihat bukan sbb aku mmg tak sihat tp punca sebenar ialah gangguan psychology buatkan badan aku jadi lemah dan sistem imuniti aku down gile.

    Doktor ni bagus sbb dia alim ulamak, dia bg nasihat aku mcm seorang doktor terapi minda. Aku tak segan nak ngaku aku pernah mengalami gangguan minda (over stress ni). Syukur dengan satu ayat mudah aku kembali kepada diri aku yg sebenar. Nak tau ayat tu?

    “Forgive and forget”..

    Simple tp penuh bermakna..

  5. Bang oii…cepat cari rechargable bateri yang hilang tu. Takkan nak tunggu dia timbul sendiri kut!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>