A 20 Cent Story
This is a good story sent by someone in my mailbox. It’s a good story and that’s why I posted it here for others to read. If you are not familiar with the language, get a translation for it.
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?”, Imam tersebut bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya.. setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup”, kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
“Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen”, kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut. “Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya”, pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur”.
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam”.
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam… Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
Posts that might interest you:
Comments
Comment from budeen
Time April 2, 2009 at 2:23 am
ooo.. apsal tak sebut driver bas tu bukan islam kat mula2 tu??
Comment from eyeman
Time April 2, 2009 at 4:33 am
ehm..good story. I like it.
cyza reply on April 2nd, 2009 7:29 am:
Glad you like it and hope you can absorb the moral within it.
Comment from azwan
Time April 2, 2009 at 9:15 am
pernah selalu terjadi kat aku dan masalahnya tak jumpa orang tu. aku pernah minta nasihat, sorang ustaz ni kata, kalau dah tak ada jalan lain, kita sedekahkan duit tu bagi pihak pemiliknya lah.
Comment from samdaddycool
Time April 6, 2009 at 10:41 am
… 20 sen kadang-kadang cukup, kadang-kadang tak cukup maa (untuk masuk public toilet).
farahaznil reply on April 12th, 2009 3:08 pm:
hohoho..kalau di kumpul2..lama jd bukit..huhuuh
samdaddycool reply on April 12th, 2009 3:10 pm:
aku ada banyak duit 20sen dalam tabung.. nanti nak gi BSN, buat beli sijil simpanan premium…
farahaznil reply on April 12th, 2009 3:11 pm:
hahhaa..good idea man..mana tau..rezeki jatuh dr langit…gedebuk jatuh..mana kia sangka..hehe..bmw boleh beli 1 suda..hahha
Comment from itisrajah
Time April 7, 2009 at 7:38 pm
but nowadays kan..
it is really hard to find a Muslim like that,kan?
huhu.
farahaznil reply on April 12th, 2009 3:10 pm:
yup..i agrred with that..if RM 20…RM2000..hahhaa…not easily people to return after has grab it…hohohhoh..belit2 suda..


cyza reply on April 2nd, 2009 7:28 am:
The original story was like that and mungkin penulis saja tak nak kasih tau dulu kot…
Reply
am reply on April 2nd, 2009 9:16 am:
kalu tak tak suspen ar.. hehe
Reply
cyza reply on April 3rd, 2009 10:00 pm:
That’s right Arm… By the way, how’s your computer business going on?
farahaznil reply on April 12th, 2009 3:08 pm:
yup..thats is the climax for this story maaa..hehe
Reply