Mimpi Basah Ketika Berpuasa?

25 August, 2009 (20:17) | Blogging ~ Sharring | By: cyza

Alhamdulillah, aku sekeluarga baru sahaja sampai ke rumah di Johor Bahru dari Kuantan. Tadi, manakala tepat waktu Maghrib pukul 7.13 pm, kami sudah 2 km hendak mencapai rumah. Jamah kurma dulu. Sampai je kat rumah, unload barang dan makan bekalan yang di sediakan dari kampung tadi. Tapi, bila makan, aku lebih memilih makan ayam bakar separuh yang di beli di Segamat berbanding ikan merah goreng kicap dan juga gulai sotong. Ayam bakar tadi agak mengecewakan, mungkin sebab berada di dalam plastik selama lebih kurang 2 jam sebelum dibuka dan dipanaskan di ketuhar mikro yang aku beli 11 tahun lepas di Carboot di Halifax. Aku makan nasi putih berlaukkan ayam bakar dan juga kailan ikan masin yang mana boleh tahan juga rasanya.

Sudah lebih kurang hampir 40 jam aku tanpa perhubungan internet, membuatkan aku lantas menyalakan modem, wireless router dan latop toshiba aku. Hasrat di hati nak baca surat-surat elektronik, tapi gmail tak boleh nak buka pulak. Peliknya, adsense dan laman-laman blogspot.com dan lain-lain web .com aku boleh dibuka. Takpe, kejap lagi ok kut.

Aku masih letih dari perjalanan jauh, so aku tak pasti samada aku akan mengerjakan solat berjemaah isya’ dan terawih serta witir di surau di hadapan rumah aku. Mungkin aku off hari ini dan continue solat macam biasa besok. Tengoklah dulu, penat betul badan memandu straight dari Kuantan pukul 3 petang tadi.

Besok, bermula episod baru aku dalam kerja-kerja dan urusan-urusan rasmi aku sebagai student. Takpe, pandai-pandai lah aku uruskan hal-hal yang ada. Pening juga sebab banyak juga kerja melonggok yang bakal aku hadapi besok.

OK, ini aku ada satu soalan cepu emas…

Katakanlah korang puasa dan oleh kerana penat, maka korang tidurlah. Tup-tap-tup-tap, tengah tidur tu maka bermimpilah korang, dan dipendekkan cerita, mimpi tu mimpi basah!!! Paham ke tak paham ke, pandai-pandai koranglah…

So, apa status puasa korang? Oh, aku rasa soalah ini lebih applicable untuk kaum lelaki…

a) Masih OK dan teruskan puasa seperti biasa sehingga waktu berbuka.

b) Masih OK, tapi perlu mandi wajib dan teruskan berpuasa sehingga waktu berbuka.

c) Sudah terbatal dan boleh membuka puasa.

d) Tiada jawapan di atas… Sila kemukakan jawapan di dalam ruangan komen.

Posts that might interest you:

Comments

Comment from itisrajah
Time August 25, 2009 at 8:44 pm

eh?
ade pengalaman ke?
hehe.
tp, rasenye da batal, kot?
sme mcm perempuan datang haid la, kan?
*curious neh*

Reply

cyza reply on August 25th, 2009 9:02 pm:

hehe…
Itu soalan cepu emas.
Samada ada pengalaman atau tak, itu perkara lain.

siti dulu sekolah agama kan..?
Cuba buka kitab fikah atau ibadah, dan check… takpun, cuba tanya member2 dulu…sebelum jawapan sebenar di revealkan…huhu

Reply

itisrajah reply on August 25th, 2009 9:09 pm:

skola agama tak abes la.
isk3.
esok ade kelas islam dan isu semasa.
konfem g tanye ustat!
=)

Reply

cyza reply on August 25th, 2009 10:16 pm:

Bagus…Look forward to see the ustaz response.

ezz reply on September 16th, 2009 11:18 pm:

byk la batal

Comment from rahmanbasri
Time August 26, 2009 at 12:49 am

Puasa TIDAK batal, kerana mimpi adalah diluar kawalan manusia. Ia akan terbatal sekiranya dilakukan dengan sengaja.

Jadi, apa yg kena dilakukan ialah, lepas bangun, terus p mandi wajib, dan teruskan berpuasa.

p/s: Hukum ini tidak sama dengan perempuan yang keluar haid.

Wallahu’alam..

Reply

cyza reply on August 26th, 2009 5:23 am:

Wah terima kasih ustaz Rahman Basri atas jawapan itu. MAri kita tgk apa keputusannya nanti…

Reply

rahmanbasri reply on August 27th, 2009 1:15 pm:

Bila agaknya keputusan nyer nak diumumkan..

tak sabar nak tau… Kalo betul ada hadiah tak..? :-)

Reply

cyza reply on August 27th, 2009 9:10 pm:

OKlah…jawapannya betul lah tu wahai Rahman BAsri photoshop dan orang2 lain…iaitu tak terbatal, sebab tak sengaja, tetapi perlulah segera mandi wajib…dan puasa seperti normal sehingga waktu berbuka… Alhamdulillah… ;)

Comment from Abu Samah
Time August 26, 2009 at 8:07 am

Mimpi-mimpi tapi tak basah.. tapi bila bangun teringat pulak mimpi tadi ,jadi basah lak …cam na ni hehehehe..

Reply

rahmanbasri reply on August 26th, 2009 10:31 am:

Yang ni dah kira TERBATAL… Sb kita dalam keadaan sedar.. hehe..

Reply

cyza reply on August 26th, 2009 12:07 pm:

Abu,

ko ni macam saja je nak kasih basah. Mana boleh kalau teringat mimpi jadi basah. Tak logika.

Rahman,

Kalau case macam tu memang terbatal sebab sedar…betul jawapan itew…

Reply

MyDailyBlog.Info reply on August 27th, 2009 4:43 am:

betul tue..huhuhuhu
perbuatan abu tadi disengajakan…hahaha

http://mydailyblog.info/blog/featured-articles/url-www-dan-tiada-www

Reply

samdaddycool reply on August 29th, 2009 12:30 pm:

.. ni saja-saja kasi basah… tak aci.. kira ‘foul’ batal neh

Reply

cyza reply on August 29th, 2009 9:30 pm:

Bukan takat foul je…denda berat tu…

Reply

Comment from titan
Time August 27, 2009 at 11:43 am

batal. So..kene ganti la. Ni mesti ko dah kena ni. Kan? kan? takkan kes anak ko plak. haha..

Reply

rahmanbasri reply on August 27th, 2009 1:10 pm:

Kihkih.. titan, tak elok menuduh org macam tu..

Mungkin ini pengalaman org lain kot..

Reply

cyza reply on August 27th, 2009 9:18 pm:

Haha…mau tuduh-tuduh aku ye…
Kalau ye kenapa? dan kalau tak pun kenapa…
Kalau ye, baguslah kan…kalau tak pun takpe, sebab aku dah kawin…So, takdelah pening kepala dan gigit jari…

Itulah respon aku yang simple titan huhu

Reply

Comment from blog Mantra
Time August 27, 2009 at 8:44 pm

Kalau tak batal…Alhamdulillah lah :)

Reply

cyza reply on August 27th, 2009 9:20 pm:

Ye ye…memang tak batal…dengan syarat mandi cepat dan teruskan berbuka cam biasa…selamat berpuasa bro… ;)

Reply

Comment from itisrajah
Time August 27, 2009 at 9:27 pm

mcm da salah masuk forum neh.
haha.

Reply

cyza reply on August 27th, 2009 10:04 pm:

Eh…mana ada…huhu, masuk forum cyza betul lah tu

Reply

Comment from wanmus
Time August 30, 2009 at 12:50 am

Setakat saya belajar dulu, soalan ni memang cepu emas lagi2 time duk asrama :)
dan keputusan yang saya dapat, ianya sah untuk berpuasa. Walaupun tido tu tengahari dan basah, ianya tetap sah puasa selagi kita tidak sengaja mendatangkan “sesuatu” supaya “basah”..
harap bro fahamlah kot..

Tapi kalau buat2 tido, pastu saja duk pk tentang benda tu, memang sah2 batal puasa.

Kalau basah malam tu dan tak sempat mandi, puasa tetap sah. wallahualam

Reply

cyza reply on August 30th, 2009 4:20 am:

hehe…betul lah tu …

Reply

Comment from Jomtonton
Time April 3, 2012 at 8:33 pm

Senarai jawapan yang disediakan macam dalam exam :)

Reply

Write a comment