Selamat Berpuasa dan beribadat

22 August, 2009 (11:33) | Blogging ~ Sharring, Rambling | By: cyza

Dikesempatan ini, ingin saya ucapkan selamat berpuasa dan beribadat dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Setkan target anda dalam beribadat kepada yang Maha Esa, sebagai contoh, kalau pada tahun-tahun yang lalu, anda tidak dapat melengkapi solat terawih, maka pada tahun ini, anda boleh lah set goal untuk melengkapi keseluruhan 30 solat tarawih. Alhamdulillah, semalam saya telah berjaya menunaikan solat Terawih pertama saya. Balik dari surau depan rumah pukul 10 malam, dan isteri saya terus kata saya baru rugi sebab miss tengok Nur Kasih!!! Oh… isteri saya public holiday, pasal tu dia boleh layan anak-anak depan TV.

Well, tak rugi pun, sebab kisah adik Nur Kasih dan Bro Adam Episod 13 tu boleh je di tonton di Youtube. Ye tak?

InsyaAllah saya sekeluarga akan berbuka puasa di rumah orang tua saya di JB pada hari ini. Mungkin berterawih di sana dan selepas itu bersama-sama menyaksikan perlawanan antara Manchester United dengan Wigan secara life. Tengok je lah mana-mana yang sempat.

Oh yea, mungkin ada yang pelik, apahal si Cyza ni tiba-tiba blogging atau berceloteh dalam bahasa ibunda pulak? Well, saya nak rilex lah, sekali-sekala belasah bahasa melayu pulak. Bahasa English saya yang tak berapa OK tu kekadang memakan energy dan masa untuk saya go through dan edit sikit-sikit balik. Bukan bererti bahasa Melayu tak payah edit, tapi lebih santai dan rileks.

Saya minta maaf sebab belum sempat-sempat upload gambar dan detail report pasal trip saya sekerluarga ke Kota Kinabalu Sabah minggu lepas. Kalau ikutkan, genap seminggu lepas, saya sekeluarga menyewa kereta dan berjalan-jalan di Kundasang dan juga kaki Gunung Kinabalu. Tak sempat dan takde upaya nak mendaki dek kerana stamina yang tak ready dan juga sebab membawa 3 askar kecil. Well, perhaps next time, we’ll prepared ourselves to climb the higest mountain in south east Asia tu. InsyaAllah.

Saya pun tengah menggunakan masa-masa terluang saya ini untuk membaca buku terbaru Catzer yang dia edar-edarkan iaitu SistemAutoresponder. Baru baca dah dapat terlalu banyak input. Rasa-rasanya, saya akan dapat set-upkan autoresponder saya before Raya ini. Maklumlah, saya pun student lagi belajar phd…dan ada 3 anak dan 1 bini nak dilayan…huhu… Tapi autoresponder yang saya nak set-up adalah untuk bisnes saya yang lain lah…

OK, itu je, sekali lagi saya ucapkan selamat berpuasa dan beribadah…

Posts that might interest you:

Comments

Comment from Abu Samah
Time August 22, 2009 at 2:25 pm

selamat bepuasa doktor kita….sibok ngan barza ramdhan…hehehe

Reply

cyza reply on August 22nd, 2009 3:12 pm:

doktor kita tu aku ke? hehe…insyaAllah…harapnya dalam masa 2.5 tahun dapat lah aku gelaran itu… Doakan juga aku dapat gelaran “ir” pada tempoh masa yang sama juga…insyaAllah… :)

Reply

Comment from MyDailyBlog.Info
Time August 22, 2009 at 7:47 pm

selamat berpuasa dan bersahur kepada anda sekeluarga…

Reply

cyza reply on August 22nd, 2009 11:04 pm:

Thanks…selamat beribadat buat anda dan keluarga…

Reply

Comment from samdaddycool
Time August 23, 2009 at 3:20 am

Nampak ayu pula Cyzabuat posting dalam BM .. ngehehehehe

p/s – Selamat menjalani ibadah Puasa

Reply

cyza reply on August 23rd, 2009 5:19 am:

Cewahhh …ayu ye… ngehehe…
Tu lah, sekali-sekala apalah salahnya… kasi kool sikit lah… nampak santai skit..

Reply

Comment from akazuma
Time August 23, 2009 at 4:55 am

hoho..layan sekali sekala melayu apa salahnya. PPSMI pun lambat lagi..

Reply

cyza reply on August 23rd, 2009 5:20 am:

Betui tu akazuma…bahasa melayu boleh… :)

Reply

Comment from nuaeman
Time August 23, 2009 at 6:39 am

Selamat berpuasa.. Man Utd kenyang 5-0 malam tadi..

Reply

cyza reply on August 23rd, 2009 10:58 am:

Haha…tu lah, after second half baru kenyang…erghhhh kenyang sendawa gitu… huhu

Reply

Comment from itisrajah
Time August 23, 2009 at 12:29 pm

selamat menjalani ibadah puasa.
=)

Reply

cyza reply on August 23rd, 2009 12:35 pm:

Same to you. Agaknya bila kita boleh buka puasa bersama ramai2?

Reply

Comment from itisrajah
Time August 23, 2009 at 12:57 pm

bila-bila pon bulih.
=)

Reply

cyza reply on August 24th, 2009 1:12 pm:

Ye ke? kalau macam tu, ajak adi la datang rumah… then boleh la…

Reply

Comment from itisrajah
Time August 24, 2009 at 11:28 pm

insyaAllah, kalau adi sudi bwk.

Reply

Comment from catzer
Time August 26, 2009 at 3:20 am

Heheheh..mesti boleh punya..tak susah sgt pun setup tu..percayalh! Yakin! :)

Reply

cyza reply on August 26th, 2009 5:26 am:

ok bos…tgk lah…

Reply

Write a comment