Antara Blogging dan Affiliate, Yang Mana?

2 September, 2009 (11:57) | Blogging ~ Sharring | By: cyza

Wow…sudah berapa hari aku tak update blog aku ini. Bukannya takde masa, tapi ada kerja-kerja lain yang patut di dahulukan. Ada juga beberapa projek aku yang lain yang sedang di kerjakan juga. Hmmm…kiranya banyak jugalah benda-benda yang berlegar-legar di benak kepala otak aku.

Kalau korang nak tau, aku mula-mula berkecimpung di arena online ini lebih kurang pada Jun 2006. Lama juga tu. Tapi masa itu aku memang gatal-gatal tangan buat blog guna blogspot.com untuk buat blog chemical engineering aku. Biasalah, buat part time je, tapi lama-lama macam best juga, lepas tu bila letak adsense, dalam 4 bulan macam tu dah start membuahkan hasil.

So, since dari itu, aku pun mula belajar bermacam-macam perkara pasal blogging dan sikit-sikit benda lain untuk buat duit kat internet.Tapi semuanya buat part time je dan tak lah serius sangat.

Sekarang ni dah bulan September 2009, so, maksudnya dah lebih kurang 3 tahun lebih aku dengan career online aku yang part time sahaja. Tapi, aku dah mula fikir-fikir… kenapalah aku tak start dengan affiliate marketing dulu? Aku rasa affiliate marketing lebih kencang dari segi income dan pendapatan. Apabila aku join seminar Internet adalah duit 1 Ogos lepas, aku berpeluang mendengar sendiri dan berborak dengan Ammar Zahar, affiliate muda berusia 22 tahun, yang sememangnya memang sangat hebat. Baru time tu terbuka dada aku untuk melihat affiliate dengan lebih fokus dan intensif.

Selepas dari seminar itu, aku sekarang sedang buat banyak homework untuk memulakan bisnes affiliate aku sendiri. Aku mahu mempunyai affiliate empire sendiri. Tapi aku malas nak kecoh-kecoh. Cuma bagi mereka yang baru dalam internet business @ newbie, dengarlah nasihat aku > Fokuslah pada Affiliate Business.

Itu sekadar pandangan aku yang dah 38 bulan berkecimpung dalam gelombang dunia virtual. Terpulanglah pada korang macam mana.

Posts that might interest you:

Comments

Comment from Abu Samah
Time September 2, 2009 at 1:12 pm

Senyap-senyap ya,buat untung sorang…tak kongsi ngan kawan pun…hehehe

Reply

cyza reply on September 2nd, 2009 2:12 pm:

Eleh Abu,

mana ada aku macam tu. Aku siap call ko tau nak pegi Seminar internet. Aku baru nak balajar. Tapi ada lah certain strategi dan planning yang aku nak buat nie…

Nanti kita jumpa, boleh talk…ok…ajak gemok tu sekali…

Reply

Comment from titan
Time September 2, 2009 at 6:50 pm

Insya-Allah. aku akan keluar produk affiliate yg pertama. Bila. Tunggu ajelah nanti. Haha.lambat lagi sebab aku memang super sibuk.

kalau kene pilih. aku pilih option kedua-duanya sekali. bagi aku, affiliate dan blogging, memang susah nak dipisahkan. macam gigi dan lidah..

Reply

MyDailyBlog.Info reply on September 2nd, 2009 7:12 pm:

sokong…dua2 pon best

Reply

cyza reply on September 2nd, 2009 7:52 pm:

Titan,

bagus tu, aku tunggu gak nak tengok produk ko yang pertama. Mesti masyuk nanti. Cool.

Korang jangan salah anggap. Aku tak kata aku nak pilih salah satu je. Maksud aku di sini adalah, sepatutnya aku memberatkan ke arah affiliate, bukan 100% blogging sahaja seperti mana yang aku buat all this while.

Selama 3 tahun lepas, aku tak pandang langsung bisnes affiliate.

Sememangnya, lebih sinergi kalau affiliate di iringi dengan blogging.

Kalau aku tak menyokong blogging, takan aku masih membuat pos di sini…? Ye tak?

Reply

titan reply on September 4th, 2009 8:28 am:

sebab tu aku kata, kalau kene pilih. Hehe..

Reply

cyza reply on September 4th, 2009 12:44 pm:

Tapi betul lah kata2 ko tu Titan…Cumanya mungkin time spent for blogging should be reduce…atau pun bilangan blog yang kita ada sedikit je yang aktif…aa-apahal, semuanya depends on masa kita… :)

Comment from arm
Time September 3, 2009 at 3:23 am

betullah tu… kalau nak start buat income dalam internet.. affiliate paling kencang.. malah IM2 besar pun still dapat banyak income dengan affiliate.. jual barang dah tentu.. tapi affiliate dorang lebih banyak hasilnyakan…

Reply

cyza reply on September 3rd, 2009 5:22 am:

YE…memang betui tu…
Tu pasal aku pun sedanga mendalami ilmu degree dalam affiliate…hehe

Reply

Comment from shahrul
Time September 3, 2009 at 3:34 am

mmg best klu tau selok belok affiliate marketing ni.

Reply

cyza reply on September 3rd, 2009 5:24 am:

betul tu. Tapi banyak juga ilmu yang perlu dipersiap sebelum kita menceburi affiliate dengan lebih active.

Klau nak di list kan kategorinya, mungkin lebih baik aku buat post yang lain kot…hehe

Reply

Comment from Blog Mantra
Time September 3, 2009 at 4:36 am

Salam cyza,
pertama kali ke blog ni. nervousnya nak komen.hehehe

Bidang affiliate ni dah lama juga kaji. Setakat ni belum ada sales yang dibuat. Tak taulah. belum jumpa lagi teknik yang betul. Dah guna “mantra” pun still tak berkesan jugak

Reply

cyza reply on September 3rd, 2009 5:25 am:

Selemat datang to you…
PErtama kali boleh jadi kedua kali dan beberapa kali…hehe…
Takpe…kita perlu belajar dan tidak jemu belajar. MAybe kesungguhan dan taktik kita tak kena lagi…Aku pun sedang belajar-belajar merangkak ni..

Reply

Abu Samah reply on September 4th, 2009 12:56 am:

“Aku pun sedang belajar-belajar merangkak ni”..kan dah tau merangkak apa..hehehehe…camna
affiliate dah ada hasil tak..

Reply

cyza reply on September 4th, 2009 5:34 am:

Aku belum ada apa-apa lagi dari affiliate. BAru belajar dan aku agak aku akan praktikkan dalam 2 – 3 minggu lagi…InsyaAllah…

Comment from zool
Time September 4, 2009 at 3:38 pm

Affiliate memang salah satu side income yang best..Aku ada dpt sikit2 dari affiliate Malaya..
Cuma aku belum mahir lagi dlm affiliate omputeh ni.. Rasa rugi sbb affiliate omputeh ni mantop2.. Sekali komisyen 10 ke atas.. kali ngan 3.5..
Memang banyak boleh buat duit…

Reply

cyza reply on September 4th, 2009 4:27 pm:

Ye betul tu Zool…sebabtu marilah kita beramai-ramai memantapkan affiliate skills dan gunakan kelebihan exchanger rate untuk mencari rezeki yang lebih masyukkk…

Reply

Comment from itisrajah
Time September 4, 2009 at 8:37 pm

wah.
bulih mintak jadi rakan kongsi tak?
ehem.
=)

Reply

cyza reply on September 4th, 2009 11:23 pm:

Rakan kongsi camna tu? Boleh tolong explain… nak hantar email private pun boleh…hantar via contact form…

Reply

Comment from itisrajah
Time September 6, 2009 at 6:44 am

eh.
tade la.
just joking.
don’t take it seriously.
=)

Reply

cyza reply on September 6th, 2009 11:30 am:

Haha…tak pe no prob. Bukan apa, kalau ada yang betul2 nak belajar, senang kita nak tunjuk ajar. Tapi kalau orang tu tak nak , atau suam2 kuku, payah kita nak mengajar… ye tak?

Reply

Comment from samdaddycool
Time September 6, 2009 at 4:36 pm

Aku memang dah lama berangan nak jadi Super Affiliate.. bila nak jadi superman nih…

Reply

cyza reply on September 6th, 2009 9:50 pm:

Haha…ko kan dah jadi ebay power seller…so, pasni, ko boleh try jadi super affiliate…kira dah jadi superman la tu… huhu

Reply

samdaddycool reply on September 7th, 2009 12:20 am:

Akaun power seller tu aku rehatkan dulu. Sekarang nak kejar ‘power seller’ untuk akaun baru. Super Affiliate.. mudah-mudahan, sama-sam kita kejar… amin.

Reply

cyza reply on September 7th, 2009 12:39 am:

Ok la tu…mana tau satu hari nanti kita boleh JV…haha…insyaAllah ye bro… :)

samdaddycool reply on September 7th, 2009 12:51 am:

.. JV, menarik idea tu. Aku nak perkemas ilmu affiliate dulu. Dah beli beberapa buku affiliate, tapi lom sempat baca.

Comment from mazuki blog
Time October 2, 2009 at 4:42 pm

bukan kah blogging dan afiliate boleh kita skalikan..hhuhuhu

tapi kalau nak men affiliate kalau ada banyak mailing list lagi masyuk…kadang menyampah pon ada sebab terima emel banyak2

Reply

cyza reply on October 3rd, 2009 4:54 pm:

memang boleh… tapi lebih menguntungkan kalau affiliate di sekalikan dengan blogging dan bukan blogging sekali dengan affiliate…

eh…ye ke…? tapi terpulanglah kepada masing2 punya style…

Reply

mazuki blog reply on October 4th, 2009 2:49 am:

video marketing di youtube + clickbank lagi nampak menarik…. video tu pon seo….

Reply

samdaddycool reply on October 4th, 2009 8:44 am:

hmmm.. aku kurang guna video marketing sekarang ni… Tapi memang mantap la trafik kalau boom kita punya video tu!

cyza reply on October 4th, 2009 10:09 am:

That’s right Mazuki…tapi aku sendiri tak sempat nak explore dan apply video markerting… INsyaAllah later in future kot…huh

cyza reply on October 4th, 2009 10:14 am:

Sam…

Aku rasa ko dan aku problem yang lebih kurang sama…very busy with jobs/business/family….

Aku rasa kerja video ni kena outsource…jgn buat sendiri…nanti kalau aku jumpa sapa2 yang boleh buat kan kerja ni dgn harga yang OK aku share ngan ko…

By the way, anybody knows who can help us create and upload videos?

Comment from drcrdc1
Time December 16, 2009 at 3:39 pm

Jika ada yang berminat
17 hari lagi sebelum penyertaan ditutup
klik sini

Reply

cyza reply on December 17th, 2009 1:27 am:

Haha… Not interested…heheh

Reply

Comment from nuaeman
Time December 17, 2009 at 2:12 am

pasal video tu.. boleh outsorce kat forum dp jee atau nak murah lagi register kat getafreelancer.com

Reply

cyza reply on December 18th, 2009 9:39 am:

Ye, thanks for the info bro…
aku pun tak pernah cari kat sana lagi…nak kena cari lah ni…hehe

Reply

Write a comment