Blues Larut Malam, Layan je…

7 September, 2009 (00:26) | Blogging ~ Sharring | By: cyza

Sebenarnya jam sekarang menunjukkan pukul 12.11am. Aku dah start tidur dan menidurkan anak jantan aku sorang tu yang akan ke sekolah pagi-pagi buta besok. Ntah kenapa aku pulak terkebil-kebil tak boleh nak tidur. Isteri aku pulak malam ni sibuk menjahit baju kurung pahang untuk Marsya, anak perempuan aku yang masih berusia 5 tahun. Marsya dan Alya belum lagi tahu nak tidur walaupun dah pukul 12 tengah malam walaupun mereka berdua ni patut sekolah juga besok. Oh yea, isteri aku ni memang pandai menjahit. Bukan sahaja dia jahit baju melayu, baju kurung dan baju kebaya, tetapi dia juga menjahitkan bahu untuk laser printer canon aku hari sabtu lepas. Aku je yang belum buat post khas untuk menunjukkan bahu @ cover untuk printer laser aku tu.

Kalau korang mengharapkan sesuatu yang bernas dan berfaedah untuk dibaca sekarang, maaf, sebab aku hanya menceloteh sekadar nak kasih diri aku ni mengantuk. Dah tutup laptop awal-awal lagi tadi, tapi sekarang dah buka balik. Check email jap, check adsense, check revresponse, check autoresponder aku yang baru aku run… hehe… yea…aku dah nak start buat affiliate, so sekarang tengah kumpul list. Aku tengah target collect 1,000 list dalam masa 1 minggu. InsyaAllah. So, far aku baru launchkan campaign aku tadi petang dan sekarang dah ada 21 orang subscribe dengan list aku. So far so good. Ada yang nak JV ke? Aku rasa maybe takde orang yang ada sama niche dengan aku nie. So, tak perlu aku ajak JV kot…

Bisnes homestay, so far Alhamdulillah. InsyaAllah boleh balik modal ataupun orang putih panggil ROI dalam sebulan lagi. Memang menggalakkan. Tadi pun baru jumpa sorang customer yang nak sewa selama sebulan. Dia datang untuk tengok keadaan rumah. Kalau dimurahkan rezeki, ingatkan aku nak untuk beli sebiji rumah lagi dan jadikan homestay lagi.

Aku pun tengah belajar-belajar nak buat bisnes sewa kereta. Kerete ke-2 aku masih disewakan dan akan dapat balik sebelum hari raya. Alhamdulillah juga income dari situ. So, kalau kena gayanya, adakah aku akan tambah kereta lagi untuk disewa? Wallahua’lam… tak tau lah lagi… Bukan apa, kereta depreciate tapi rumah appreciate.

Tapi secara amnya, aku dah launchkan dan start bergerak dengan IM. Blogging pun jalan. Thanks to brother Arm from startstreet.us sebab perkenalkan aku dengan teknik autoblog yang sememangnya cow-cow. Just download plugin, install dan buat sedikit set-up, seterusnya content masuk mencurah-curah…hehe…Aku baru set up 2 blog baru semalam, cuma belum masuk adsense. Tak sempat beb…

Tadi tengahari pun aku duk sibuk cari niche baru dan domain name untuk niche tu. Penat juga mencari tapi puas hati sebab aku dah jumpa apa yang aku nak dan juga domain yang aku nak. Cuma, yelah…tak sempat nak membeli. Aku akan beli dari godaddy.com atau namecheap.com. Aku dah ada akaun dengan depa tu, so, aku tinggal continue je lah.

OK, lah..gotto sleep now. Besok nak fokus balik pada career full time aku… Nak kena set-up dan start eksperimen ni…doakan kejayaanku… adios…


Posts that might interest you:

Comments

Comment from itisrajah
Time September 7, 2009 at 2:10 am

i hope i could learn something from u.
well, wish u all the best.
good luck!
=)

Reply

cyza reply on September 7th, 2009 5:03 am:

No problem, anytime… just ask…

Reply

Comment from samdaddycool
Time September 7, 2009 at 10:44 am

Wahhh.. terer dah brader kita sorang ni.. masyuk.. masyuk..

Reply

cyza reply on September 7th, 2009 11:53 am:

Takde apa la…
BAru belajar-belajar je…aku kena gunakan segala resources yang ada utk menjana RM. sebab memang kita perlukan…kalau tak tak tercover perbelanjaan hidup…huhu

Reply

samdaddycool reply on September 7th, 2009 6:18 pm:

kalo ko dah jadi superman nanti, jgn lupakan superboy

Reply

cyza reply on September 7th, 2009 8:00 pm:

Sebelum aku jadi superman, ko dah jadi dulu…so, kita jadi sama-sama ok?

Comment from zool
Time September 7, 2009 at 12:04 pm

Bertambah kaya la ko..
AKu pun kena usaha nak jadi kaya ni..

Reply

cyza reply on September 7th, 2009 5:01 pm:

Takde lah kaya mana pun, cuma kena tambah usaha dan kreatif sikit dalam mencari rezeki halal.

Untuk menjadi lebih dari selesa, aku cuma mempertaruhkan bisnes internet aku ni je…iaitu from blogging dan juga affiliate. InsyaAllah…dalam track yang betul kot….

Reply

Comment from abrablog
Time September 7, 2009 at 1:43 pm

ok apa tu. henjut pelan-pelan aa..

Reply

cyza reply on September 7th, 2009 5:06 pm:

Haha…memang aku menghenjut dengan se slow mungkin…hehe…banyak orang lagi laju…aku slow sebab aku dah berkeluarga, byk yang nak dilayan…dan dibelai.hehe

Reply

Comment from blowie
Time September 7, 2009 at 11:12 pm

autoblog? amende tu?

Reply

samdaddycool reply on September 7th, 2009 11:21 pm:

Akuteruja nak dengar lebih lanjut pasal autoblog nih!

Reply

cyza reply on September 8th, 2009 5:17 am:

Sam,

Nanti aku citer pasal autoblog ni ok…

Reply

cyza reply on September 8th, 2009 5:18 am:

Hmmm… ni contohnya:
http://chem-eng-net.com/Question-And-Answer/

cyza reply on September 8th, 2009 5:16 am:

Autoblog ni kiranya kita set-up blog tu sekali, dan content akan masuk terus je secara automatic, tak payah susah-susah buat posting. Kan ke baguih camtu… ye tak…

Reply

samdaddycool reply on September 8th, 2009 8:11 pm:

oooiiiii menarik tu….
p/s – kod adsense lom masuk lagi ke??

Reply

Comment from Abu Samah
Time September 8, 2009 at 12:46 am

Senyap-senyap je,fehh…jangan sampai tak larat …hehehehe

Reply

cyza reply on September 8th, 2009 5:21 am:

Mana ada senyap-senyap. Ni aku tengah sharring is carring la… Ko pun dapat laporan sms aku apa…huhu

Reply

Abu Samah reply on September 8th, 2009 5:53 am:

Senyap-senyap banyak lagi blog ditambah…aku belum start buat blogging,macam dah tak larat….

Reply

cyza reply on September 8th, 2009 7:26 am:

Eh ye ke…nak seribu daya bro…sebab tu aku gagahkan jua…Tadi waktu sahur aku baru dapatkan 3 lagi domain baru, 2 daripadanya keyword baik punya dengan search volume tinggi dan cost per click (CPC) yang melebihi $10, special untuk adsense blog aku…

Write a comment