Dah Analisa Darah ke?

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Korang-korang ni pernah ke buat medical check-up yang jenis test darah punya? Kalau tak, baik pergi cepat amik sample darah dan analisis. Penting ni, bukan cakap tipu. Aku ni pun jenis takut jarum injection, sebab tu tak ambik-ambik darah, tapi 3 hari lepas, aku terpaksa amik medical check up lagi sebab nak dapat biasiswa sambung belajar. So, dalam skop medical check up ni ada pulak kena amik sample darah. Wah….terus darah gemuruh aku jadinya. Panik!!!

Aku punya tekanan darah pun jadi terus tak menentu dan macam hala nak naik je. Tapi diringkas kan cerita, aku pun selamat lah mengambil sampel darah dan terus menganalisa darah tu. Nasib baik aku ada kawan dekat lab pusat kesihatan dan aku pun minta dia check sekali aku punya cholestrol, gula dan bermacam-macam jenis benda yang perlu di check untuk mengetahui vital sign asas kesihatan kita.

Di pendekkan cerita, aku punya cholestrol ok, masih dalam range. Begitu juga dengan aku punya blood glukose, postassium, urea, uric acid, sodium, potassium, chloride, triglyceride semuanya pun nampak ok.

Cuma aku dah start risau tengok aku punya Cholestrol HDL dan LDL yang mana masing-masing adalah 0.8 dan 3.5. Tahap bahaya cholestrol HDL adalah >0.9 sedangkan aku punya 0.8. Tahap bahaya cholestrol LDL pulak adalah <4 sedankan aku punya adalah 3.5, kira masih jauh lagi tu. So, aku kena jaga-jaga dengan cholestrol HDL aku tu sebab dah sampai tahap bahaya.

Total cholestrol aku adalah 5.4 yang mana masih dalam range selamat iaitu 3.9 – 6.5. Fuhhh nasib baik. Cuma mak aku memang selalu warning aku dan suruh aku amik sample darah dan analisis darah tu supaya tau tahap kesihatan. Maklumlah, risau beb, sebab sejak dua menjak ni banyak betul orang lelaki yang mati mengejut sebab jantung. Kegagalan jantung ni walaupun nampak sihat ada kena mengena rapat dengan cholestrol .

So, kesimpulannya (1) kurangkan makanan yang boleh contribute kepada peningkatan cholestrol dalam badan kita. (2) Macam mana nak tau cholestrol korang tu tinggi atau tak, maka amiklah sample darah dan jangan takut. Kalau boleh, korang amik lah misi yang lemah lembut dan cucuk slow2 je…tenung mata misi tu…haha…ok selamat berbuka puasa…

Share and Enjoy

You may also like...

13 Responses

  1. itisrajah says:

    wah.
    bahaya.
    jage kesihatan baik-baik.
    ingatlah orang-orang yang tersayang.
    =)

  2. Abu Samah says:

    Itu hari aku pegi hospital pesakit luar johor bahru,sebab batuk-batuk dan ia ambil darah untuk check-up,sama tak apa yang kau buat ni…

  3. cyza says:

    Siti,
    Ye memang nak jaga kesihatan pun. Sebab tu lah check sekali harung. Sekarang ni, tgh berazam untuk amik at least setiap 3 bulan atau 4 bulan sekali. Supaya terjaga rapi.

    Tapi ikutkan, kalau nak complete analysis nak kena amik kat patlab ke apa…ntahla…itu kat sana siap boleh check kalau ada sel kanser…

    Wallahua’lam…

  4. cyza says:

    Ntahla Abu…aku tak tau lah… mungkin dia amik darah tapi check je ko positive or negative sesuatu jenis penyakit. Tapi sayang, alang-alang tu, baik amik darah yang sama dan buat lah pelbagai jenis test dan analisis.

    Saranan aku, peri ke lab kesihatan atau klinik dan amik blood sample dan test. Tengok macam mana tahap kesihatan ko tu…dan lepas tu berjaga-jagalah kalau ada yang tak elok bacaan nya nye tak… Ini kira macam ISO untuk badan kita lah…hehe

  5. shahrul says:

    Aku x prnh lg analisa darah. Sbb x de org suruh kot. hehe

  6. cyza says:

    Ini adalah untuk kebaikan diri sendiri Shahrul, LEbih baik kita tau tahap kesihatan masing-masing dan prepare langkah-langkah yang sepatutnya kalau kita dah tau tahap kesihatan kita macam mana…ye tak…?

  7. budeen says:

    3 atau 4 bulan sekali??? boleh ke tu? bukan tgk jarum pun takut ke? hehehe

  8. cyza says:

    Haha…itu ideal case…
    Tapi rasanya maybe 1 tahun 2 kali kot…
    Amcam, blog dah ok ke?
    Dah upgrade?

  9. samdaddycool says:

    Aku rasa last sekali analisis darah 3 tahun lepas. Tapi result masa tu teruk gila (zat besi, kolesterol + asid urik)… akibat aku buat Atkin Diet selama sebulan lebih.
    Sekarang dah lama tak check darah. Tapi betul macam kata ko. Kita perlu berhati-hati dengan tahap kesihatan, apatah lagi melepas usia 30an. Lebh-lebih lagi sekarang ramai orang berusia lewat 20an dah kena penyakit-penyakit orang tua. cth kencing manis,jantung dsb

  10. cyza says:

    Sam,

    Betul tu… So apa kata ko pegi analisa dareah ko dan share resultnya kat blog ko dan kat sini… huhu

  11. samdaddycool says:

    Insyaallah, lepas raya aku akan lapangkan masa untuk pergi periksa darah. Bukan apa, bagi kita yang dah bekeluarga, anak bini bergantung harap dan tempat bermanja kepa seorang bapa. Memang kita sentiasa rasa sihat. Jangan dah terantuk, baru nak terngadah.

    Lepas berpuasa sebulan, biasanya kita akan merasa lebih sihat sebab perut diletakkan dalam keadaan ‘rehat’ selepas setahun penat bekerja. Kualiti kesihatan kita akan lebih baik berbanding bulan-bulan sebelumnya. Cuma jangan mulanya raya, kita pun balun dan pulut habis segala jenis rendang dan dodol ..

  12. cyza says:

    Betul tu sam. Balik pada apa yang ko cakap…puasa ni so far dah Alhamdulillah kurangkan berat aku sebanyak 5 kg. Wow!!! So, aku ingat nak continue maintain dah turunkan berat aku ke 70kg. Hmmm Korang mesti rasa aku gemok @ boroi….haha

  13. samdaddycool says:

    Biasa l tu, level brader.. memang kalau gi bel seluar saiz34 ke atas.. ngehehehehee.. Aku harap dapat puasa 6 penuh tahun ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.