Touching Story

14 September, 2009 (22:02) | Blogging ~ Sharring | By: cyza

It’s my desire to watch a sad story or sad movie since the past few months. I’ve searched for any DVD that is very touching but despite the DVD seller recommendation, I still discovered that all the movies are not sad at all. I want to watch something that can make me cry. I want to cry watching sad or touching movie. CJ7 the movie have almost make me cry. Since then, I’m still searching for something to make me cry, i mean a story.

Then, earlier today, my wife urged me to read her email. I read it and the story triggered 1 or 2 tear drops from my eyes. Check out the story. It’s really touching and it make us realize how lucky we are. We should be very grateful to God for everything that He has given to us.

Tell me what do you feel after reading the story below.

===================================

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya. ”

Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

“Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

===================================

Posts that might interest you:

Comments

Comment from abrablog
Time September 15, 2009 at 8:48 am

ehm..sedih-sedih juga. Tapi kalau depa cakap awal-awal, takdelah ralat camtu sekali..

Reply

cyza reply on September 15th, 2009 4:42 pm:

Cakap awal2 camna tu ek?

Reply

Comment from JHafiz
Time September 15, 2009 at 3:07 pm

da pernah baca kes ni. kesah benar ke? ramai nya rakyat miskin kat mesia ni. bila la kjaan nk hapuskan smua kmiskinan tegar ni? kate negara pngluar minyak..

Reply

cyza reply on September 15th, 2009 4:52 pm:

Realitinya memang ada byk lagi orang yang susah di negara kita. Cuma kita yang tak tau. Rasanya kalau ada pihak yang mencari golongan2 yang susah seperti mereka.

Reply

samdaddycool reply on September 23rd, 2009 8:56 am:

Tak kesian ke pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai yang korup, makan duit yang bukan hak. Ramai lagi yang masih menderita dan kais pagi makan pagi…

p/s- kalau aku akan / hampir menangis bila tengok bersamamu tv3 & Will Smith’s pursuit of happiness http://en.wikipedia.org/wiki/The_Pursuit_of_Happyness

Reply

cyza reply on September 26th, 2009 12:34 am:

Tu la pasal…
kalau kita ada rezeki dan tau sesapa yang susah…elok lah kita kasih….memberi lebih baik dari menerima….dan memberi akan membuatkan rezeki kita bertambah kiranya kita ikhlas… ;)

Reply

Comment from dAzz
Time September 15, 2009 at 3:57 pm

bleh tahan sedih..

Reply

cyza reply on September 15th, 2009 4:42 pm:

Uhuk-uhuk2…aku siap mengalir air mata…

Reply

budeen reply on September 15th, 2009 11:47 pm:

catatan nik nur madihah..

Reply

cyza reply on September 16th, 2009 3:48 am:

ye, itu pun salah satu citer yang sedeh…

Comment from kakeru
Time September 16, 2009 at 9:43 am

Sangat touching…

Reply

cyza reply on September 18th, 2009 10:57 am:

Yeye..ye…memang menyentuh kalbu…

Reply

Comment from Blowie
Time September 18, 2009 at 7:14 am

kesian gila kat budak tuh,huhuu T__T

Reply

cyza reply on September 18th, 2009 11:00 am:

kalau ada budah=k atau oarnag macam tu, kita memmang kena bagi sedekah laa…

Reply

Comment from Motivasi Kerja
Time September 29, 2009 at 12:18 pm

Alahai..tersentuh hati membacanya. Mengapa di negara kita masih ada orang miskin seumpama ini. Mungkin ianya sebuah kisah tetapi mungkin juga masih ada realitinya begitu.

Reply

cyza reply on September 29th, 2009 5:06 pm:

Ye, memang betul. KEsian betul mendengarkan kisah sayu lagi pilu seperti ini.

Reply

Comment from mazuki blog
Time October 2, 2009 at 6:19 pm

sedih jugak bila baca…tapi sekadar meremang bulu roma…

kadang2 situasi dan keadaan sekeliling ketika kita baca juga mampu untuk membuat kita menangis… ;)

Reply

cyza reply on October 3rd, 2009 4:52 pm:

YE betul…kalau camtu, hulur-hulurkan lah sedikit duit Nuffnang kat depa…huhu

Reply

Write a comment