Masa lalu, masa kini, masa depan

10 May, 2010 (11:25) | Blogging ~ Sharring | By: cyza

28-time-management

Tadi pagi kami ke sekolah Sri Pulai dan ambil borang untuk kemasukan anak bongsu kami, Alya ke darjah 1 pada tahun 2012. Alya sekarang berumur 5 tahun dan memang perlulah register kemasukannya ke sekolah tahun ini. Marsya akan masuk sekolah darjah 1 tahun depan. Kami dah register Marsya tahun lepas lagi.

Bila isi borang kemasukkan, kami pun sedar yang masa takkan menunggu kita. Angka usia semakin naik dan kita masih lagi di takuk yang sama!!! Anak bongsu pun dah nak masuk darjah 1.

Bayangkan 10 tahun lagi, tahun 2020…

Ikhwan dah berumur 18 tahun dah baru habis SPM. Marsya dah berumur 16 tahun. Alya ambil PMR pada umur 15 tahun.

Bayangkan 20 tahun lagi….tahun 2030…

Ikhwan berumur 28 tahun, mungkin dah kahwin dan beranak, jadi kalau aku dan isteri panjang umur, kita sudah bercucu… Marsya pun maybe dah kawin dan alya mungkin baru nak kerja….

Masa berlalu sangat pantas…

Apa target aku tahun 2011?

Eh..awalnya aku nak set target…ye lah…kan masa tak menunggu kita..Kena lah ada perkembangan baik dan positif yang kita berjaya dapat. So, kalau tahun ni depan nama aku takde title apa-apa, tahun depan aku harap muncul satu title baru depan nama aku…

Dan untuk 2012, aku harap kan muncul title kedua depan nama aku. So, kiranya pada tahun 2012, aku harap ada 2 title depan nama aku iaitu “Dr.” dan “Ir”.

Mungkin dalam 5-6 tahun lagi, aku tambah 1 lagi title depan nama aku…hehe…”Hj.” InsyaAllah, kalau di izinkan Allah, maka berangkatlah aku dan isteri mengerjakan haji.

Tapi, ingin aku warningkan diri aku sendiri dan aku harap korang pun tak pikir aku ni action……aku bukan hidup untuk mengejar title-title tu. Itu career aku semata-mata. Title tersebut perlu untuk aku sebagai seorang academician dan consultant. Aku tak kisah kalau orang tak tau aku ber’title’ seperti itu. Lagi bagus kalau orang tak tau. hehe… Lagi bagus kalau korang panggil/address aku dengan nama aku sendiri yang bapa/mak aku berikan…

Oklah…cukuplah aku mengarut kat sini. Aku sebenarnya tengah strees yang teramat sangat lantaran kerja-kerja yang menimbun. Adakah aku set kan target terlalu tinggi utk diriku sendiri?

Posts that might interest you:

Comments

Comment from samdaddycool
Time May 25, 2010 at 8:11 pm

Stress..?? Gi cuti2 kat Pulau Layang-layang.. :)

Reply

cyza reply on May 25th, 2010 11:40 pm:

Haha…kekadang stress gaks. Nak buat camna. Macam mana pun hidup perlu diteruskan dan aku harus kuat dan sabar.

Reply

Comment from adamfaiz
Time May 25, 2010 at 10:27 pm

Stress ke? Tu yang terus tukar BM? Haaha..takpe bro, ganjaran nya nanti pasti lumayan (aku bukan refer to material semata-mata)

Reply

cyza reply on May 25th, 2010 11:43 pm:

Haha..lebih kurang camtu lah bro… Sekarang ni aku cuba habiskan satu persatu kerja aku ni. Sebenarnya aku terlebih set target macam-macam untuk diri sendiri. Kalau ikutkan, kerja aku lani belajar je… Tapi takpe…push sikit…

Reply

Comment from zura
Time May 26, 2010 at 9:28 am

Waahhh….rupanya2 dah lama sungguh tak datang melawat blog ini. Lots of familiar stiories in here…

Sorry lah cik abang ye…kdg2 update cyza ni tak masuk ke email la…

Anyway….just don’t get too stressed up. We’ll go for a quick holiday this coming school break kay…

Reply

cyza reply on May 26th, 2010 9:33 am:

OK…cuti-cuti hanya bermakna kalau byk kerja dah completed…kalau tak masih terkenang-kenang di kepala…payah gaks.

Reply

Comment from knightblogger
Time May 26, 2010 at 12:01 pm

wahh..title takde hal. janji kita tak lupa tuhan..

Reply

cyza reply on May 26th, 2010 12:07 pm:

Ye betul…itu yang penting. Hubungan dengan Tuhan adalah yang penting sekali…

Reply

Comment from nuaeman
Time May 26, 2010 at 12:09 pm

Masuk tadi aku cuba periksa betul2 untuk pastikan aku tidak masuk blog yang salah.. hehe

Reply

cyza reply on May 26th, 2010 1:51 pm:

Hehe…nasib baik masuk blog betul…huhu

Reply

Comment from botak
Time May 26, 2010 at 1:38 pm

2020 uncle adi umur 31..
2030 uncle adi umur 41..
hehe..
utk bloger x de title ke??

Reply

cyza reply on May 26th, 2010 1:51 pm:

Ye, betul tu adi…kita dah semakin berumur…So, kena semakin baik…

title blogger = Problogger!!!

Reply

botak reply on May 28th, 2010 1:00 am:

datuk problogger haji dr ir zaki yamani bin zakaria..
eh betul ke susunan tu??
buang sikit laa..
banyak sgt pulak..
penat nk greet nt

Reply

alice reply on May 28th, 2010 1:01 am:

Bro…takde sapa pun suruh panggil camtu…
Gua pun tak comfortable kalau nak panggil camtu…

Comment from london taxis
Time May 31, 2010 at 3:14 pm

The problem with many of these wild ideas for new computer interfaces is that they forget the simple power of laziness. The mouse is a popular model because a person can sit back, prop his feet up, and interact with his computer with just a few minor movements of his hand and fingers. All those interfaces that require a person to get up and move around are doomed.

Reply

Write a comment