2 Kisah Orang Kahwin Isteri Lagi Satu Dalam Tempoh 12 jam!!!

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Sebenarnya, macam-macam topik dan pelbagai isu aku nak citer kat sini… Tapi, dalam banyak-banyak cerita aku nak citer satu story yang sensasi.

Kisah 1

Sebenarnya, malam semalam aku ada meeting Kumpulan Rukun Tetangga (KRT). Meeting tu malam lah di bilik gerakan KRT depan rumah aku je. Aku jadikan meeting KRT sebagai alasan aku tak pergi main volleyball di pusingan ke-2 mewakili fakulti aku. Bukan aku takde semanat kesukanan, tapi aku ada hal lain yang agak penting perlu menghadiri meeting KRT tu.

OK lah dipendekkan cerita, meeting yang bermula dlm lingkungan 10.15pm tu berakhir pada 12.00am. Just before meeting habis, biasalah, ada round table iaitu tanya kepada semua ahli meeting, kot kot ada hal lain yang di highlightkan. So, adalah sahabat kita ni, dia cerita something. Cara dia cerita memang lain macam je… Aku rileks dan dengar cam biasa je. Dia kata yang dia minta maaf sebab lama tak bercampur dengan member2 di kejiranan kita. Then dia mengaku yang dia dah ada 2 keluarga. So, dia kena bahagikan masa di antara keluarga lama dan keluarga baru. Keluarga baru ada di KL. So, tiap-tiap weekend kena pi KL. Ooooo gitu kisahnya. Aku memang takde clue tentang gosip ni. Aku rasa geng-geng KRT yang lain dah lebih tahu pasal ni tapi tak nak cerita sebab well, benda ni kan isu sensitif juga. Tapi sahabat kita ni dah mengaku dan dia tak nak timbul fitnah di kalangan mereka…

Lepas meeting aku tanya dgn sahabat yang berumur 10 tahun lebih tua dari aku tu…. Bila kawin nya? Dengan siapa? Wife dan anak dia ok ke? Jawapan di berikan dengan bersahaja dan tersenyum…semuanya ok, cuma badan je penat…haha…

Balik rumah malam tu, aku pun cerita lah hal ni kat wife aku yan dah tidur nyenyaknya. Dia pun layan kan aku dan walaupun ngantuk…dia pun buat efek terkejut juga… Lepas tu tidur balik…aku pun, sebab letih berjogging semalam, turut tidur juga…

Kisah 2

Time kerja tadi, wife aku pulak yang maklumkan yang ada sahabat kita ni dah kahwin… Kes kawin isteri ke-2 la ni. Kami memang kenal kedua-dua orang tu iaitu sang suami dan juga sang isteri…huhu…Tapi tak sangka yang mereka ni dah nikah. Sejauh mana kebenarannya, aku tak lah sure sgt sebab story ni timbul dari sumber2 yang boleh dipercayai. Tak macam kisah 1 di atas yang mana si suami sendiri mengaku, case kisah ke 2 ini, sang suami dan sang isteri baru menafikannya. Reason? Haha…adalah teori kitorang. Depa ni ada strategi kot. Strategi baik punya. Tapi sampai bila nak cover, kitorang pun tak tau lah… Agaknya, biarlah masa yang menentukan… Apa-apa hal pun, kitorang harap, benda-benda baik ni, tak yahlah sorok-sorok. Kena lah kasih kecoh sikit. Kasih orang tau…biar orang happy. Kasih buat kenduri kecik-kecik pun jadi lah…

Kupasan dan Analisis Ringkas

Dalam kedua-dua case di atas, sang suami berusia dalam lingkungan 40-50 tahun. Aku saja bagi julat yang besar. Tak nak lah aku narrowkan lagi. Agaknya, usia lelaki yang ini merupakan usia yang mencabar. Banyak lelaki yang lebih senior dari aku kata “Life begins at 40”. So, adakah ini bermakna, bila usia sang suami mencecah 40-an…dia akan jadi extra gatal!!!

Kenapa ini terjadi? Adakah ada hormon istemewa muncul dalam diri si suami pada usia ni? Atau si isteri dah tak mengasyikkan? Atau semarak cinta dah pudar? Kenapa…kenapa…kenapa…

Cecite, cecite, cecite…

Aku pun tak tau lah…aku punya umur pun baru 30-an…

Moral

Ikut kemampuan lah…Kalau si suami tu adil dan mampu. Aku rasa boleh lah kot. Tapi itu bergantung kepada si isteri. Kalau isteri dan anak2 setuju dan suka, ok lah kot. Tapi tgk je lah statistik tahap keadilan dan kemampuan lelaki-lelaki ini. Tak banyak yang mampu berlaku adil, apatah mampu. Kalau setakat mampu dari segi sex, itu tak memadai. Kena mampu semua angle. Untuk aku sendiri pulak…family yang aku ada sendiri pun aku kekadang tak mampu nak spend masa, macam mana pulak terpikir nak tambah lagi. Lagi pun, aku love isteri aku dan aku nak grow old together dengan dia dan melihat anak-anak serta main dgn cucu-cucu…InsyaAllah…

Share and Enjoy

You may also like...

8 Responses

  1. noriz says:

    apa maksud yang sebenarnya tersirat di entry ni?
    adakah… u amik iktibar sbb tak semua laki akan extra gatal by d time ur age reach 40? lagi 5 tahun je kan…
    atau…. u nak jadikan panduan? hikhikhik….. iskh iskh iskh… jgn cari nahas…
    mmg pantang dgr mcm ni… walupun ‘kononnya’ yg 1st tak kisah tapiiiii….. diorang trpaksa redha…demi anak-anak, kebenarannya diorang mkn hati… sgt jaranglah mereka terima dgn ikhlas …. atau ank elakkan maksiat terus trjadi….so kena ‘approve’ kan… mcm “org besar” kite … oopssss

    eh, byk lak celoteh…heheh, sorry…. tapi kan…sanggup u bngunkan wifey sbb nak sampaikan citer…. muahahahha, tak sempat2 tunggu pagi ek!

  2. cyza says:

    Entri ni takde maksud tersirat. Cuma nak kisahkan story yang saya baru dapat. Kisah 1 memang tak di sangka-sangka… Kisah 2 memang di sangka-sangka. Kata sang suami dalam kisah 1, isteri dan anak2 tak kisah…tapi kita pun tak sure pun… Si isteri pertama dan anak2 dalam kisah 2 pulak memang marah habis…

    Siapa “orang besar” tu?

    Bangunkan tu bukan pasal 1 cerita tu je…ada byk lagi cerita lain, orang-orang yang sakit di kawasan KRT kita, sdr ahli KRT meninggal dan few updates lain…

    Sorry lah, kalau artikel ni menimbulkan kontreversi dan sensitif…Takde apa-apa niat pun…Wallahua’lam…

  3. noriz says:

    sorry if i sound offended… bukan apa…rasa nye ni kepantangan mana-mana pompuan la… samada they show it directly cam sya skang atau setakat simpan dalam… walau baik camne pun hubby tu, kebimbangan tetap ada…apalagi yg sebaya…rasanya lah , coz laki kan lambat nmpk tua…
    walau di beri ganjaran payung emas siti khadijah pun, zaman mencabar ni agak mustahil nak sewenang-wenangnye redha dan berserah bile laki tu nak kasi madu pahit tu free2 jek…huhu

    u know what, i puji bile u bangunkan wife tu…it shows yg u nak kongsi semua cite dgn dia… my hubby pun selalu i ‘warning’ kena cepat cite coz lambat2 nnti trlupa pastu i yg blur tak tahu apa2…tpi org lain dok cite sana-sini,hihi

    just my 2 cent ūüôā

  4. cyza says:

    Oh…no problemo…Sebab tu awal-awal dah cakap yang ini memang isu sensitif… Especially to orang pompuan…

    For me, jaga keluarga sendiri tu yang penting, jaga anak-anak, jaga career, siapkan bekalan untuk ke akhirat, sibukkan diri dengan macam-macam kerja..tu yang penting…

    Tapi tu lah realitinya… Di tempat kerja kita tu, banyak sgt case macam ni…Samada kita tau atau tak tau je…

    Macam boleh buat novel je…huhu

    Wallahua’lam…

  5. Tun says:

    mcm familiar je cite ke 2 u…:)

  6. cyza says:

    Macam familiar? Haha…Nanti kita kena bincang balik…

  7. Balik rumah malam tu, aku pun cerita lah hal ni kat wife aku yan dah tidur nyenyaknya. Dia pun layan kan aku dan walaupun ngantuk…dia pun buat efek terkejut juga… Lepas tu tidur balik…aku pun, sebab letih berjogging semalam, turut tidur juga…

  8. farahaznil says:

    jangan ko pun gatal nak pasang 1 lagi sudah lah..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published.