Apa aku buat sepanjang 5 hari lepas

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Wah dah lebih kurang 5-6 hari aku tak buat entri kat Cyza Sector. Maaf…Bukan apa, masa aku ni tight sangat. Dari weekend sampai lah ke hari Isnin dan Selasa semalam, fuh…memang tak sempat nak layan blogging sangat. Jumaat, Sabtu dan Ahad pun ada macam-macam going on.

Jumaat

Contohnya je lah, hari Jumaat tu, memang lah aku sedang sibuk prepare report dan juga few other academic things, tetiba ada pulak supplier dari KL datang. Nak tak nak, aku terpaksa juga jumpa. Sebelum supplier tu datang, bawak anak sulung aku ke klinik, nak kena nebulizer, maklumlah dia terkena serangan semput pulak. So, tinggallah aku petang untuk mempersiapkan report yang hendak aku serahkan ke IEM PJ Isnin akan datang. Malam Jumaat tu pulak, kawan lama dari Martapura, Banjarmasin datang berkunjung. Dia dan keluarganya tinggal semalam di Tropical inn kat Johor Bahru tu. Aku dan dia, walaupun sekali je pernah jumpa, tapi Alhamdulillah, ukhuwah antara kita maintain dah kekal sampai sekarang. Kisah bermulanya persahabatan aku dengan Pak Haji Antung bermula sejak aku outstation ke Pertamina Talisman di Tanjung, berdekatan dengan Banjarmasin sekitar akhir2003. Pada waktu tu aku baru ada satu anak, si Ikhwan tu lah. So, pasukan kami yang ada technical dan commersial/entertainment team buat trial test untuk chemical kami untuk di test di Pertamina-Talisman yang minyaknya semakin surut. So, Pak Haji Antung ni, salah sorang dari team member kami yang merupakan orang tempatan di Banjarmasin. Aku pun sebelum berangkat balik dari projek tu, lepak satu malam kat rumah dia dan menjalani kehidupan seperti orang Martapura dalam sehari atau lebih (terlupa sudah…).

So, aku dan isteri serta Alya (anak bongsu) berangkatlah ke Tropical Inn dan sampai kat sana jam 11pm. Lepas tu aku peluk2 dan duduk borak jap kat lobi hotel tu. Then tertanya lah kami pada mereka, “Dah makan ke?” Rupayanya depa belum makan, sebab baru sampai. Rombongan bas yang bawa mereka tu, tak berenti makan pun. Alahai, kesiannya. Lapar betul depa tu. So, aku pun ajak Pak Haji Antung dan isteri serta anak perempuan bongsunya juga (9 tahun), pergi makan ke stulang laut. Belasah seafood kat sana. Tak ingat lah nama kedai tu. Tapi aku order satu set hidangan yang 5-7 orang boleh makan. Dalam hidangan tu adalah termasuk siakap, sayur, telur, tomyam, dan apa-apa ntah lagi aku pun tak ingat. Order sate sekali…tapi bukan macam sate yang Pak Haji Antung ajak aku makan di Martapura beberapa tahun dulu. Dulu, dia kasih aku makan sate otak lembu dan usus. Fuhhh…memang tak boleh telan… Tapi kali ni, sebab anak dia nak sate, aku order kan sate ayam 10 cucuk je, maklumlah, makanan atas meja dah banyak gila. Bila sampai semua makanan, memang penuh dengan meja siut. Di tambah dengan sate dan juga extra 2 ABC. Haha…makan ABC pukul 11.45 am. Nak buat camna, anak aku dan anak dia nak. Kasih je lah. So, dipendekkan cerita, kami pun makan lah, tapi tak habis. Sebab aku dan isteri dan dinner awal dan dah kenyang. Tapi kami temankan sahabat kami tu makan lah. Aku pun settlekan bayaran termasuk bayar otak-otak dan sate. Sate tu memang kureng betul. Adakah patut 10 cucuk sate ayam dia ketuk sampai RM7. Bukan sedap sangat pun. Sate Wak Radol tu pun baru 50 sen satu cucuk. Lagi sedap, berempah dan besar. So, moralnya, kalau korang ke Stulang laut, tak payahlah nak order sate. Cekik darah!!! So, aku selamat drop kan Pak Haji Antung dan familinya di Tropical Inn pukul 1 am. Kena kasih mereka rest lah. Sebab besok nya, mereka akan berangkat ke Singapore pulak pukul 8 am. Katanya nak ziarah makam ulama’ atau imam kat sana. Aku pun tak sure sapa yang di maksudkan tu. Anyway, aku sungguh happy sebab dapat jumpa dengan Pak Haji Antung…Alhamdulillah…Ini semua kuasa Allah… Allah telah mempertemukan kami kembali.

Sabtu

Sabtu, memang confirm aku bangun lambat. Maklumlah, sebab aku duk kerjakan salah satu blog niche aku. Bukan apa, aku cuma createkan Facebook Fan Page dan like button je. Tapi sebab aku bukannya pandai sangat main Facebook ni, so, meraba-raba juga lah. Tapi kerja aku dengan Facebook dan blog tu sampai pukul 4.30 am. No wonder lah aku bangun lewat betul on Sabtu. Ishk…tak patut…Tapi aku solat Subuh tau…bangun lah…

Lepas lunch dan Zuhur, anak-anak aku yang 3 orang tu dah mengaruk nak ke Zoo Johor. So, apalagi, pergila kita orang ke Zoo Johor yang aku rasa budak2 tu dah pergi 3 atau 4 kali dah. Tapi mungkin buat-buat lupa yang depa dah banyak kali pergi. Bezanya kali ni, Zoo Johor ni tiket dia dah mahal RM1 dari sebelum. Kalau before this, adults  = RM2 dan kids = RM1. Tapi kali ni, adults = RM3 dan kids = RM2. Tak apalah. Zoo Johor ni pun dah consider Zoo yang paling murah tapi complete dengan spesis harimau, gajah, buaya, helang, ular, beruang dan semua spesis asas sebuah zoo.

Lepas dari zoo, singgah jap kat Plaza Pelangi sebab alat kosmetik isteri aku dah kehabisan stok. So, singgahlah kat booth Clinique kat Metrojaya tu. After that, pegi ke Kipmart, anak-anak pompuan aku dah complain kasut takde. Padahal aku tengok macam ada je kasut2 depa tu. Banyak betui kasut. Tapi biasalah, walaupun kasut tu ada, tapi, mesti ada alasan, tak sedap lah, dah putus ni lah, dah itu ini lah etc. So, sebagai lelaki, bapak dan suami, aku layankan je lah. So, sampai di Kipmart, aku pun ikut je depa semua shopping kasut sambil aku pegang bungkusan air kelapa dan air tebu serta pisang dan keledek goreng yang awalnya kami beli kat gerai depan kipmart. So, dipendekkan lagi cerita, anak aku semua dapat kasut dan selipar nya. So, aktiviti membeli kasut yang agak acapkali tu membuatkan aku semakin tekad utk merembat sebuah domain baru.. (walaupun baru beli domain baru minggu lepas). Domain aku kali ni adalah www.ournewshoes.com. Saja aku beli utk merekodkan pembelian kasut2 satu keluarga. Tapi blog kasut tu belum siap. Baru je buat. Kalau korang masuk sekarang, memang lah korang akan nampak kasut aku je. Tapi sebenarnya kasut aku tu, beli adalah 3 tahun sekali. Yang lain-lain tu beli kasut 1 tahun berapa dozen kali ntah.

Malam tu, dah pancit. Aku duk depan TV layan konsert AF je lah.

Ahad

Ahad pun aku bangun lambat lagi. Tak tau lah apesal. Jam rosak kot. Alasan!!! Tapi Ahad pagi, nak tak nak aku layan kan report-report yang aku kena hantar ke KL besok nya. Aku tatap dan telaah. Aku susun, edit dan print. Compile elok-elok. Kiranya satu hari ni, aku dah cakap kat semua orang, takde pergi mana-mana sebab daddy busy kerja. Aku pun terpaksa cancel plan aku untuk ke carboot sale yang aku pun dah plan lama nak pergi. Takpe, insyaAllah next month pergilah. So, kiranya the whole Sunday, aku bizi with documentation work.

Isnin

Pagi-pagi lagi aku dan isteri dah berdezup ke KL. Biasanya appointment aku dan mentor aku ni around 11am. Tapi kali ni, dia adjust ke 2.30pm. So, kita start berdezup ke KL pun at 9am, after selesai urusan printing proposal geran research isteri aku. Alhamdulillah sampai di PJ around 12.30 dan plan nak lunch terus. So, carilah tempat makan yang ada kelas sikit…cewah…bukan selalu, sekali-sekala je. Isteri aku nak makan kat Chillies, tapi restoran tu jauh dari kawasan PJ atau kita pun tak familiar sangat dengan lembah klang ni. So, lepas terperasan ada Victoria Station, aku pun ajak dia makan kat sana. Fuh, nak cari parking pun bukan senang beb…terpaksa lah parking bawah jalan jejantas kereta. So, pergilah kitorang ke Victoria Station tu, dan suasana dalam restoran tu memang malap-malap romantika hehe… Banyak tu pulak orang. Kaya nya orang-orang ni. Makan kat Victoria station macam biasa je kot. Bukan apa. Victoria station ni kan mahal… So, lepas tengok menu, aku dan isteri aku decide amik yang plater style. Amik satu seafood plater dan lagi satu plater yang ada daging-daging. Sambil2 menunggu dan masa tgh makan, kami duk perhati satu couple depan kiri meja kitorang. Nampak macam usia mereka lingkungan 40-an. Dua-duanya size “comel”. Tapi sayangnya dua-dua tu tak bercakap. Diam je. Isteri aku cakap lah…tak best nya macam tu. Makan sama-sama kat restoran ala-ala mahal…tapi duduk diam-diam dan makan diam diam. Agaknya, macam ni ke senarionya kalau dah lama kawin? Iskh…tak nak lah itu macam…kita kena kasih kita punya perkahwinan ada “Fire”…huhu… aku harap aku dan isteri aku dpt maintain ber”fire” sampai bercucu cicit. InsyaAllah. Hmm…sambung lagi pasal couple tu. Depa order lobster. So, time bayar tu, laki tu kasih credit card pada cashier/waiter. Depa duduk je lah kat meja depa tu. Then resit dan credit card sampai. Pompuan tu tengok resit dan terbeliak mata dia sambil terucap kata-kata penuh soalan misters “RM300…?”…

Hello…dah makan lobster, camtu lah harga dia… Dan makan kat Victoria Station pulak tu. Harga depa makan untuk 2 orang tu, memang bagi aku tak berbaloi. Melainkan, kalau aniversary mereka ke-20, kira ok lah. Tapi maybe kalau aniversary pun, baik makan kat hotel 7 bintang ke…lagi kelas…  RM300 yang mereka bayar tu, kalau di tambah dengan RM150, dah sama dengan gaji bibik aku sebulan kat rumah tu. Besar tu nilai RM300. Well, anyway…itu semua pilihan masing2.

Yang penting, kitorang makan pun mahal juga la…tapi tak lah mahal cam depa tadi tu. adalah 1/3 dari harga yang couple berdua makan lobster tu bayar. Dan aku bayar pakai cash je…

Berdua, kita get out of the Victoria Station dan cari Petronas station pulak (bukan polis station tau). Aku nak kena solat Zuhur Qasar serta jamak takdim. Solat kat Petronas station senang sikit sebab keluar kereta je dah boleh jalan sikit dan sampai ke surau dia. So, lepas dari solat tu, aku pun cepat- cepat ke Minconsult, PJ, untuk bertemu dengan mentor aku. Banyak report yang aku nak tunjukkan kat dia dan juga nak minta sign dan cop dia. Tapi sayang, appointment pukul 2.30pm. Kitaorang sampai at 2.10pm. Tapi dapat jumpa dia dalam 3.15pm sebab dia agak bizi. Tak pernah dia lewat macam ni. Mentor aku tu senior manager kat company tu, memang logik lah dia bizi. So, masuklah kami ke syndicate room (ala…meeting room je lah). Berbincang, discuss itu ini, sign, cop dan macam-macam lagi. Alhamdulillah..semua lancar. Kami pun at 3.30 pm minta diri untuk singgah sebentar di IEM PJ pulak untuk serahkan report document.

Sampai di IEM PJ, taklah lama sangat sebab tempat tu dekat. Nasib baik office mentor aku dekat je dengan IEM. So, aku pun serahkan dokumen tu kat tingkat 2 kat officer in charge.  Nasib baik isteri aku ikut sama, so dia boleh stay dan jaga kereta sebab nak dpat parking kat situ macam mission  impossible. Dan nasib baik juga, urusan penyerahan report tu kejap je….dan lancar…After that, berdezup balik JB. Aku rasa kalau tak silap, start bertolak dari PJ tu around 4.00 pm. Itu penting sangat sebab kalau lambat keluar dari PJ/KL, alamat sangkutlah dalam jem yang hebat nya…dia punya jem tu tak lah seteruk jem di Jakarta…tapi boleh lah tahan… Tapi jem-jem ni aku dah biasa…waktu ulang alik skudai – pasir gudang. Selalu aku sangkut dalam jem. Pandai-pandai lah dan kena creative lah utk menggunakan masa tu dengan baik…huh…

Di pendekkan cerita, kitorang sampai lah di JB at 7.30 pm. Nasib baik lah ayah dan mama tolong hantar Ikhwan dan Marsya ke sekolah. Kalau tak, tak sekolah lah mereka. Si Alya pulak tu ikut tuk wan dan grandma dia ke Tampoi dan makan durian dan main anak kucing…huhu… Ok lah…ada juga benda lan dari normal yang dia buat.

Malam isnin, memang dah penat sangat, penat mental dan fizikal. Aku pun baring je lah depan TV…layan berita sikit2 dan AF. ahah…Then check-check email dan buat kerja sikit2 sebelum melabuhkan tirai isnin.

Aku ingat nak continue cerita hari selasa, tapi tak larat lah pulak…nanti lah aku sambung ek…

Oh yea, mesti korang ada rasa masuk salah blog..sebab aku goreng dalam BM. Ala sekali sekala…aku memang camni…bukan apa…semua blog aku dlm english…bosan juga. so, once in a while, blogging bertarabur dalam BM pulaks.

Share and Enjoy

You may also like...

11 Responses

  1. noriz says:

    hihi…rasa funny sket sbb…
    1) panjangnye entry… phewwww
    2) kepenatan smpai post entry in malay ke?
    kihkihkih…

  2. cyza says:

    Noriz…

    1) Tu lah pasal…tak perasan pulak sampai begitu panjangnya…itu belum citer hari selasa punya lagi.
    2) Memang pun…Tulis english ni, slow sikit…tulis melayu, laju menaip macam laser printer…dan main redah je grammar dia…

  3. noriz says:

    ahhakss…now u know betapa nikmatnye tulis entry in malay kan…mother tougue is the best!
    hehehe… btw, terliur bile teringat Chillies tu…my feveret spot for western…last mkn sana 4 tahun dulu…mak aiii lama giler, kat jb takde ek 🙁

  4. titan says:

    hoho..memang berterabur pun..tapi layann.. 🙂

  5. cyza says:

    Memang tau dah lama dah…infact dalam cyza ni pun memang ada entry bahasa melayu. Cuma, saja nak practice english…

    Memang Chillies takde kat JB…kena tunggu noriz bukak satu branch here dulu baru merasalah…

  6. cyza says:

    Huha…layan jangan tak layan…lepas ni aku blogging bahasa indon pulak ok tak?

  7. ASP Host says:

    memang berterabur pun..tapi layann..

  8. hen do says:

    PleasePleasePleasePleasePlease… can someone give me the original PMR Bahasa Melayu Kertas 2 bahagian novel questions only from 2002-2006. I owe you a million thanks if you can help me.

  9. adamfaiz says:

    Salam bro… lama tak singgah…bz sket ar… tapi nampaknya ko lagi bz..

  10. cyza says:

    Haha…sekali sekala je bro…

  11. farahaznil says:

    aku pun pelik tiba-tiba ko post dalam bm..haha….

Leave a Reply

Your email address will not be published.