5 Benda Yang Aku Akan Buat Kalau Aku Boleh Ulang Masa Kembali

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Hidup ini memang ada turun-naiknya, ada pasang-surut, ada masa best masa tak best, kenangan manis kenangan pahit dan sebagainya. Itu semua nak tak nak akan di lalui oleh makhluk yang bernama manusia. Kekadang timbul waktu di mana, “Eh…kenapa aku tak buat macam ni?” Atau “Alamak…kalau lah aku tau, aku mesti buat macam ni.” Atau “Kalau lah aku dapat kembali pada masa dulu, nescaya aku tak kan buat keputusan sebegitu…”.

So, sewaktu aku shower tadi, biasalah, aku berfikir itu dan ini. Terkenang kembali waktu lampau dan sebagainya. Lantas aku pikir-pikir, apa kata aku buat satu entry yang mana aku akan list kan 5 benda yang aku akan buat kalau aku dapat kembali pada masa dulu-dulu. So, lepas solat Magrib tadi, aku pun listkan lah 5 perkara yang aku akan buat kalau dapat back to the future past.

Aku percaya, entri seperti ini sangat baik sebab ramai antara kita boleh belajar dari mistake atau pengalaman hidup blogger lain. Yang masih muda boleh mengambil ikhtibar dari pengalaman hidup blogger lebih berusia. Yang dah berusia pun mungkin juga boleh megambil pengajaran dari pengalaman hidup blogger lain tak kira tua atau muda. Aku yakin mesti ada hikmahnya lah perkongsian ini.

Tapi sebelum tu, untuk membuatkan benda ni best, aku ingat nak buat ni jadi macam “TAG”. So, bolehlah kita sama-sama kenal-mengenal each other dengan lebih mesra dan rapat. Dengan ini, kita dapat tahu apa yang rakan-rakan blogger kita nak buat kalau depa dapat kembali ke masa lampau. Rakan blogger yang bertuah di TaG aku ada aku listkan di perenggan last sekali.

5 Benda Yang Aku Akan Buat Kalau Aku Boleh Ulang Masa Kembali

1. Tahun 1985, waktu aku darjah 3, masa selection pemain bola Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP,) aku akan nekad berkempen yang aku layak jadi pemain bola perintis di peringkat Wilayah Persekutuan. Aku memang minat sangat main bola. Aku tak nak kata aku terrer sangat main bola tapi aku boleh katakan yang masa aku darjah satu lagi, budak-budak darja 5 dan 6 dah terima aku main bersama mereka. Tapi waktu cikgu aku pilih, aku rasa dia tak berlaku adil dan ingat aku ni lembik kot. So, dia tak pilih aku. Tension!!! So, kiranya dapat aku kembalikan masa, aku akan yakinkan dan bertegas pada cikgu yang aku ada kaliber untuk jadi pemain bola yang bagus. So, aku mungkin boleh jadi district player kalau tak state player…cewah…berangan konon…

2. Lepas aku habis degree tahun 1999, aku didatangi oleh adik aku yang promote aku masuk MLM satu company antarabangsa ni lah… Aku pun yang pada masa tu naive, terus join sebab kononnya nak menjana wang sampai 5 angka sebulan. Habis wang aku pegi sana sini, training sana-sini dan belanja itu ini. Income pun macam takde. Rugi siut!!! Rugi masa, rugi wang ringgit dan rugi macam-macam lagi. So, kiranya aku dapat back tu the past, aku takkan join business multi level marketing. Kalau nak join pun, aku akan join MLM yang relax dan santai dan tak perhabis duit aku. p/s – aku ada satu MLM biz santai dan kool yang aku akan story kan nanti-nanti.

3. Lepas aku habis degree tahun 1999 dulu, aku harap aku dah kenal kepada benda-benda internet atau blogging. Ye lah, daripada aku layan MLM kat point atas tu, baik aku belajar buat website ke, buat blog ke… Memang zaman tu belum ada blog, tapi patutnya aku dah alert tentang potensi internet. Cuba bayangkan, kalau kita dah start dari 1999, di mana kita akan berada…wah…maybe dah jadi jutawan kot…haha…Tetapi, realitinya aku baru kenal dan bermula dengan activity blogging pada 2006. Takpe lah, kira ok juga.

4. Kalau aku dapat kembali pada masa lalu, aku akan mulakan simpanan dalam unit trust atau emas dengan lebih istiqamah. Ye lah, kalau aku dapat kesedaran lebih awal, iaitu seawal usia 15 tahun atau 21 tahun, mesti lagi hebat compounding effect duit simpanan aku tu. Tapi nak buat camna, realitinya, aku lewat sikit memiliki kesedaran tu. Dah agak lewat baru aku sedar dan baru ada duit.

5. Masa summer tahun 1998 time aku buat degree, aku sebenarnya dapat offer dari EXXON untuk buat internship dengan depa. Tapi sayangnya, aku dapat tahu lambat. Surat offer tu sampai kat rumah di Malaysia, bapa aku terima sedangkan time tu aku ada kat Bradford UK. So, bapak aku tak telefon tapi pos balik surat tu kepada aku kat UK. So, lama lah surat tu nak sampai kat aku. Bila sampai je, tawaran tu punya deadline pun dah habis. Sayang gila siut… Kalau tak aku dah berada kat EXXON punya refinery. Kira aku boleh lah dapat pengalaman kerja syarikat antarabangsa yang power, terkenal selama 3 bulan. So, kalau dapat aku kembali kepada masa lalu, aku nak cakap je kat bapak aku, kalau ada surat untuk aku dan nampak official, tolong lah buka dan baca. Jangan pos kan balik pada aku (walaupun aku tau niatnya nak jaga privacy aku), tapi ternyata satu kerugian pengalaman bagi aku.

OK, itulah 5 perkara yang aku nak improvekan kalau aku dapat kembali kepada masa silam. Aku rasa ada few things yang ramai orang boleh ambil iktibar dari pengalaman aku ni. InsyaAllah.

So, dah ready…Aku nak Tag kan para blogger yang bertuah. Korang adalah…

Noriz, Warlord, Shukor, Titan, dan Nuaeman.

Kalau ikutkan, ramai lagi aku nak tag, tapi cukuplah 5 buat masa ni. So, korang-korang yang kena Tag ni, kena lah kongskikan juga “5 Benda Yang Korang Akan Buat Kalau Korang Boleh Ulang Masa Kembali”. Benda ni takde lah wajib. KAlau korang taknak, aku pun takleh nak paksa. Tapi kalau korang sporting dan balas TAG ni, korang memang kool. Lepas dah balas TAG ni, korang TAG pulak 5 orang lain. Camtu je. InsyaAllah membawa manfaat…

Kalau korang-korang lain yang tak di Tag aku pun nak buat main Tag topik yang aku propose ni, silakan. Lepas dah buat entri ““5 Benda Yang Korang Akan Buat Kalau Korang Boleh Ulang Masa Kembali’, korang bolehlah letak link di ruang komen Cyza Sector ni supaya aku pun boleh check it out blog korang. Dapat traffik baru beb nanti… sebab orang lain pun akan datang dan nak baca pengalaman korang pulak. Aku rasa kalau korang buat camni mesti kool habis. OK …CAnnot wait to read your “5 Benda Yang Korang Akan Buat Kalau Korang Boleh Ulang Masa Kembali.”

 

 

Share and Enjoy

You may also like...

12 Responses

  1. titan says:

    adeh, adeh..pagi-pagi dah ada kerja rumah..hahaa..

  2. cyza says:

    Haha…homework ye… Baik cepat buat, kang cikgu marah pulak!!! huhu

  3. nuaeman says:

    Insya_Allah ada kesempatan aku akan jawab… kau ni… mentang-mentanglaa aku jarang update… kau bagi kerja pulak yek.. heh!

  4. cyza says:

    Haha…sekali-sekala bro.. Sejak team bola kita kalah Sabtu lepas, kena lah buat kerja sikit.

  5. noriz says:

    oh my…. what a tough job! tak sanggup nak buat sbb bukan setakat ingat mistake je…dosa2 pun byk …huhu…
    sya buat lepas lik dr perth k… nak list kan tu bukan senang….
    tpi napa 5 je… kasi la 15 terus…hahahha

  6. cyza says:

    Haha…boleh je kalau nak buat lebih dari 5. Saya pun nak tambah 1 atau 2 lagi…nanti saya akan update kat entri saya tu…

    OK, selamat ber’trip’ ke Ausie…

    Balik tu jgn lupa ole-ole…

  7. Hairil Rizal says:

    Ko ni ada aje la kan merapatkan silaturrahim dgn aku. Rindu kat aku ye??
    Well, dlm hal tag mengetag ni aku fussy sket. Tapi sbb tajuk tag ko ni seriyes interesting, insyaAllah aku buat 🙂

  8. cyza says:

    Haha…rindu juga lah…dah berbelas tahun tak usik ko wooo…

    Anyway…i look forward to read your interesting entri.

  9. catzer says:

    Muahahahahha…selamat sib baik nama aku tidak di tag 🙂

  10. Samdaddycool says:

    “aku akan mulakan simpanan dalam unit trust atau emas dengan lebih istiqamah. Ye lah, kalau aku dapat kesedaran lebih awal, iaitu seawal usia 15 tahun atau 21 tahun, “… masa aku baru belajar makan kat fast food restoran.. :D, langsung takde istilah menyimpan.. 😀

  11. farahaznil says:

    kalau sekarang 5 tahun yg lepas..aku ada di zaman sekolah..pergh..mesti azam aku nak kasi siapkan kerja sekolah yg berlambak2 tu..hehe

  1. April 19, 2011

    […] Kalau.. Okeh. Habis cerita. Tugas aku sekarang aku nak pass baton tag ni yang dimulakan oleh Zaki(cyza.us) kepada rakan-rakan blogger yang lain. Kalau ada masa, boleh balas ni. Kalau tak boleh, tak perlu […]

Leave a Reply

Your email address will not be published.