Alamak!!! Aku ada dalam 1 tahun lagi nak settlekan Ph.D aku…

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Sebenarnya, kalau ada antara korang yang tak tau lagi, aku ni sedang buat Ph.D dalam Chemical Engineering. Sekarang ni aku berada dalam semester 4. Start buat Ph.D pada 1 Julai 2009 dan diberikan masa 3 tahun untuk menyelesaikan Ph.D. So, itu bermaksud aku kena settlekan pengajian pada 30 June 2012. Tapi lumrah student Ph.D, ada masalah eksperimen, masalah equipment, masalah kurang fokus, masalah tak cukup duit nak beli barang, masalah itu, masalah ini dan serba satu masalah. So, acapkali, kalau tak sempat nak siapkan Ph.D dalam masa 3 tahun, so pelajar Ph.D ni akan extend lah sampai siap. Itu bermakna lebih kos lagi.

So, macam kes aku ni, aku memang berazam untuk mensetelkan Ph.D aku dalam masa 3 tahun. Sekarang ni dah lebih kurang 1 tahun dan 10 bulan aku buat Ph.D. Tu lah, pejam celik, pejam celik, dah dekat nak 2 tahun. Itu bermakna aku ada masa lebih kurang 1 tahun lebih sikit je untuk completekan Ph.D. Tu lah yang aku duk pikir sedalam-dalamnya hari ini.

Lampu Merah – Lampu Warning Ultraman dah berkelip-kelip!!!

Aku cukup suspen, cuak, gelabah dan agak tension juga dengan situasi dan status perkembangan Ph.D aku ni. Ada banyak lagi kerja yang aku kena buat dan ini bermakna aku kena lebih extra super fokus. Aku dah kena kurangkan aktiviti online aku ni. Walaupun aktiviti blogging aku ni hanya aku buat pada waktu luar pejabat (iaitu di rumah), tetapi aku rasa aku still kena luangkan masa lagi untuk studies aku ni di rumah. Sebelum ni, bila balik rumah je aku memang langsung tak pikir pasal pelajaran aku. Aku cuma pikirkan bisnes online dan blogging je.

So, la ni nak tak nak aku kena limitkan masa online aku di rumah. Aku ingat maybe aku hanya boleh luangkan masa dalam 1 jam 30 minit ke 2 jam sehari untuk urusan blogging / online. Selebihnya, aku kena spend untuk lepak bermesra dengan anak isteri serta tengok TV dan yang paling important pikirkan / kerjakan Ph.D aku. So, mungkin blogging / online activities aku akan terbantut jap lah. Time terbantut ni lah aku kena harapkan adsense, TLA, TNX, Linkworth aku supaya tetap berjalan seperti biasa. Kalau ada rezeki advertiser email aku dan nak beriklan dengan aku, aku ok je asalkan offer nya setimpal.

So, untuk blog-blog aku yang ada 30 lebih tu, maybe aku terpaksa tinggal-tinggalkan dulu lah….atau kalau sempat, aku sub-con kan (upah) pada sesapa untuk uruskan. Aku ingat aku mungkin boleh spend masa fokus pada 2-3 blog je.

Apa aku kena buat?

Sebagai pelajar Ph.D, aku kena sumbangkan ilmu baru kepada dunia ni berdasarkan kepakaran aku dalam bidang Catalysis Engineering / Reaction Engineering. Dari itu, aku kena lah:

1) Tulis teknikal paper dan terbitkan dalam journal-journal yang ada impact factor. Contoh publisher adalah Elsevier, Springer Link, ACS dan lain-lain (At least ada 3 paper time graduate). Ada satu paper dah terbit dalam Journal of Applied Science tapi takde impact factor (Scopus listed je).

2) Tulis teknikal paper dan persembahkan di conference. Ada dalam 3 technical paper dah di publish dan dipersembahkan.

3) Register patent. Ini penting untuk novelti research aku. Tapi aku pun tengah blank memikirkan novelti aku ni…uh…

4) Masuk pertandingan dan persembahkan research aku… Ini tak penting sangat time ni. Kira kalau ada masa, ok lah. Kalau menang, dapat award, kira baguslah untuk CV dan Ph.D serta career aku.

Tu je kot updates aku for now. Kalau aku rajin, dan kalau korang rajin mendengar bebelan aku, stick around ok. Salam…aku nak solat Isya’ jap, then nak baca buku Thermodynamic untuk pahamkan camna nak buat Thermodynamic Feasibility untuk reaction process aku…Fuh!!!

Pastu, harap aku dapat siap on time, dan awarded dengan sijil Ph.D. YES!!! Aku boleh!!!

Doakan kejayaan aku ye…Thanks… Aku pun doakan juga kejayaan korang dalam apa jua bidang… πŸ™‚

 

 

Share and Enjoy

You may also like...

10 Responses

  1. Hairil Rizal says:

    Hehe..semangat thermodynamics tu dah lama padam…

  2. cyza says:

    Bro…believe me…aku pun bosan krongggg dengan thermodynamics ni…tapi apa kan daya…terpaksa lah aku study balik dan berkawan baik dengan buku thermo…lepas tu bersahabat pulak dengan MAtlab software, Aspen dan statistical software…

    Takpelah…struggle sikit je lagi…kan kugagahkan juga….

  3. titan says:

    aku dah hilang semangat nak buat phd masa lepas habis degree dulu. Takpela..janji ada kawan ada phd. dah cukup dahh bagi aku..nak buat master pun aku malas..walaupun kalau aku terima offer dari pensyarah dulu..memang kompem aku dapat..

  4. cyza says:

    haha…takpe…phd bukan segala-galanya…yang penting, Iman, Islam dan Ikhsan…betui tak?

  5. Shukor says:

    Setahun lagi tu tak lama bro. Insyaallah, bro boleh punyer. Yang penting D.U.I.T…Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal.

    Caiyok!! πŸ™‚

  6. noriz says:

    takpe… Dr.Zura sentiasa disisi menolong susah dan senang kan…
    klu sya lah…uat Master leh tukar jadi Monster …huhu

  7. cyza says:

    Wah thanks for the encouragement.

    Betul tu…concept D.U.I.T sangat berketepatan…cayalah!!!

  8. cyza says:

    Ye betui tu…kekadang dia pulak yang jadi supervisor!!! tapi motivation yang diberikan memang best. Pas tu kita sama bidang, so boleh bincang dlm kereta selalu…bila anak-anak dengar, jadi blank!!! huhu

  9. So, untuk blog-blog aku yang ada 30 lebih tu, maybe aku terpaksa tinggal-tinggalkan dulu lah….atau kalau sempat, aku sub-con kan (upah) pada sesapa untuk uruskan. Aku ingat aku mungkin boleh spend masa fokus pada 2-3 blog je.

  10. farahaznil says:

    hahahaha…bila aku baca post ni balik..aku nak suruh ko jadi superman plak..hi hi….bukan oltromen

Leave a Reply

Your email address will not be published.