Lunch Mahal Sepanjang Minggu Lepas!!! Ishk Ishk Ishk

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Sebenarnya aku memang nak buat entri ni dari minggu lepas lagi, tapi teramatlah tightnya masa aku dengan urusan career. So, nak tak nak aku sempatkan lah buat entry ni seadanya. Korang tgk lah, aku pun dah tak sempat nak posting dalam bahasa kedua (English) seperti kebiasaanya sebab bahasa tu aku tulis slow sikit…kena ensure grammar semua ok etc. La ni aku main taru je, update post in bahasa ibunda…laju sikit.

Isnin

OK, kisahnya begini, minggu lepas kan kitorang (aku dan isteri) pi KL pada hari Isnin. Ada hal lah tu di IEM PJ. So, sebelum tu makan lah kitorang kat Victoria Station. Korang boleh baca post minggu lepas untuk sedikit elaboration pasal tu. So, bil makan kitorang time tu, takleh murah, sebenarnya kalau time bujang, aku boleh buat jumlah makan byk tu utk makan selama 2-3 minggu… Dan juga aku boleh buat untuk isi minyak kereta penuh (stok seminggu). Jumlah makan adalah lebih kurang RM109. Aku tak ingat lah sen-sen dia…itu hari ingat nak amik gambar tapi tak sure mana ntah resit dia.

 

 

Gambar kat atas sana nu kira daging platter pelbagai dan yang gambar ni pulak sea food platter. Aku dan isteri aku tukar-tukar pinggan. Kejap pinggan daging, kejap pinggan sea food.

Selasa

Aku dah pakat ngan isteri aku yang kita kena makan murah sikit besok lusa ni sebab dah habis 3 angka makan kat Victoria Station Isnin tu. Harapan tinggal harapan…sebab Selasa tu kita belasah makan Makanan Timur (ala Arab-arab gitu) di Taman Universiti. Restoran tu first time kita masuk dan walamak, deko dia memang cool dan power. Kira byk juga lah owner ni habis nak mendekorasi restoran corner lot dia tu. Aku order something like daging ayam-lembu punya grill di makan dengan roti nan yang lembut (RM25), empuk dan garing di tepi. Isteri aku pulak nasi beryani ayam (RM15), jauh benor dengan harga nasi beryani orang melayu atau restoran mamak punya. Tapi, kita try je lah. Aku order air panas kosong je (Free) dan isteri aku order fresh orange cow-cow (RM9). So, kira lah agak-agak cost dia berapa. Campur itu campur ini, dekat-dekat RM50 lah jumlah nya. Kira banyak juga lah sebab typical makan lunch yang sederhana tu is about RM10 – RM15. Ini kira lebih cost juga…nak buat camna. Tapi, kitorang sangat berpuas hati dengan meal hari tu dan kami tak habis memuji owner restoran yang serve kami, memang sedaplah nasi beryani korang ni… Memang akan makan lagi. Kuah dia tu cow-cow…apa benda ntah depa letak, tak tau lah… Bila bayar dia, siap dia bagi double mint chewing gum…haha…ok lah tu… Servis dia pun best. Kitorang tak habis, so kita minta di tapaukan…ok lah…sebab malam tu, aku dan anak-anak, habiskan makanan tengahari ni. Aku dan isteri sebenarnya tak makan byk, so, next time, kalau datang sini lagi…(memang nak datang pun, tapi malam pulak), akan amik nasi beryani dan share je. Sebab portion orang timur tengah ni besar. Tapi kalau korang memang jenis makan byk, takpe lah…amik satu set dan makan sorang2.

Inilah set nasib beryani dia RM15 yang aku cakap tu. Memang sedah siutt. Sehingga aku terngiang-ngiang nak makan lagi. huhu…

Dan ini pulak Fresh orange RM9 yang co-cow tu. Belakang tu adalah sample air cherry yang depa bagi test free je. Memang pekat dia punya masam-masam manis. Sampai tak boleh nak order air cherry. Sebelum tu juga, depa bagi FREE apertiser air manggo dan juga roti nan dengan cheese putih. Depa ni memang pemurah…semua air-air gelas kecik dan roti nan appertiser FREE. Owner jenis tak berkira… OK, kalau korang nak tengok aku review baik punya pasal restoran ni, tak lama lagi aku akan review pasal restoran ni di JBCool.com. Aku dah contact owner dia dan owner dia welcome artikel review aku tu…hehe…lagi power review aku sebab boleh tgk semua gambar pasal restoran ni…

Rabu

Setelah 2 hari, kami telah habis dekat-dekat RM160 untuk makan lunch je. So, ingatkan hari ni kena discipline sikits dan makan murah sikit. Tapi, pucuk dicipta ulam mendatang. Tak jadi pulak. Wife aku nak beli something kat Jusco Tebrau City dan sebab takde masa lain, so, lunch time kita berdezup ke sana dengan our insurance agent yang tumpang sekali nak hang out dengan kita sebab dah lama tak jumpa. Sampai Tebrau City, semua dah lapar dan cari makan. Kenapa ntah tak terpikir makan kat food court tapi terpikir nak makan kat restoran2 lain kat atas tu. Maklumlah, ada wife aku dan agen insurans kitorang (Dua 2 kan pompuan). so, depa ni macam nak makan best-best pulak!!! OK lah…aku ajak pi Ayamas ke RasaMas…depa semua tak nak. So, last-last pegilah kat restoran opposite tu – Secret Recipe. Aku dah

blank nak makan apa pulak kat sini. Last-last aku amik lah Nasi Goreng apa ntah. Di pendekkan cerita, semua kos adalah hanya RM75 untuk kami ber-3. Jeng-jeng-jeng….makan mahal lagi utk lunch!!! Bosan-bosan…

Ni menu standard wife aku…selalu juga dia makan benda yang di panggil tomyam ni kalau dia dah blank nak makan apa…

Khamis

Isteri aku dah janji sebenarnya nak bawak student-student PSM dan future post graduate students dia makan-makan sejak Isnin lepas. Tapi, kitorang kan pegi KL, so tak jadi time tu. So, di gantikan lah dengan hari Khamis. Haha…Aku dah agak dah…mesti lunch besar lagi ni. So, that afternoon, aku, isteri dan 5 orang students telah keluar makan. Sebelum tu, kitorang dah pikir2 nak makan kat mana? Adalah plan nak pegi Pasir Gudang nak makan kat Kedai makan Rahmat yang famous dengan Siakap dia tu. Tapi jauh sangat. Last-last kitorang makan kat Johnny’s je. Bila tanya budak-budak ni, sorang pun belum pernah makan di Johnny’s… So, ok lah tu. Makan lah kita lunch kat situ. So, dipendekkan lagi cerita, time bayar seperti biasalah aku lah kan… adalah habis dalam RM110. Fuh nasib baik tak lebih…sebab ada 7 orang kan…Semua makna-makan dari hari Isnin sampai Khamis aku bayar pakai CASH. Aku tak amik apa-apa photo…hehe…segan la kat students…dah la semua students anak dara!!!

Minggu ni, nak tak nak aku kena keluarkan Google Adsense aku…So, total lebih kurang habis dari Isnin sampai Khamis is about RM345!!! Makan lunch utk 4 hari dah jejak RM345. Ayoyo!!!

Jumaat

Hari ini aku dah cakap kat isteri aku lagi…kali ni kita kena makan biasa-biasa je…takde lagi makan hebat2. Dia setuju… So, kita pun makan lah kat Restoran kat Taman Teratai tu yang penuh sesak dengan orang time lunch tu.  Aku sepeti biasa amik kembung bakar. Tapi kali ni kembung tu tak fresh, disappointed sikit. OK lah… Habis pun just RM12 plus je…siap bungkus kuih RM2 lagi. Kenyang juga bukan tak kenyang.

So, moral of the story:

1) Makan murah pun bleh kenyang!!!

2) Makan best sekali-sekala pun boleh, apa salahnya.

Share and Enjoy

You may also like...

7 Responses

  1. noriz says:

    wah…lunch org kaya ni…hehehhe…
    takpela sekali-sekala….cuma pelik, napa mkn dgn ejen insuran tu u lak kena bayarkan…kite customer patutnye diorang la belanja kan…

    btw, restoran arab tu mmg sedap kan… malam lagi best tau… sejuk je lepak2 situ, tpi owner dia bagi free trial tu sebab dia dah caj mahal kat bil u…hikhikhik…. lepas ni try la nasi mandhi…lagi terangkat!
    ada restoran timur tengah lain depan restoran Sup Utara belakang Bank Rakyat tu…ex-student FSKSM…try la..

  2. cyza says:

    Tu lah sekali sekala…

    Insurans agen kitorang tu selalu dah belanja kitorang…so, sesekali kita belanja pulak…itu pun dia nak bayar part dia…

    Restoran arab tu memang best dan memang nak pi malam…tapi tunggulah dulu…duit kat bank tu pun dah makin sikit….Restoran Arab kat sup utara tu dah 3 kali dah pergi…tapi rasanya restoran yang ni lagi sedap dan best…plus suasana dia memang romantika…

  3. titan says:

    baru je lepas makan. Tengok plak post ni, jadi lapar balik plak..

  4. cyza says:

    Haha…sorry la bro…apa lagas, pegi lah makan…huhu

  5. missnina says:

    salam singgah.
    makan best sesekali memang best. that’s how i treat myself

    lepas ni ajaklah wifey makan char koew teow di bandar putra

  6. cyza says:

    Haha…ye ye…sekali seminggu takpe…tapi kalau 3-4 kali dalam 1 minggu bankrupt…huhu…

    Char kuew teow di bandar putra kat sebelah mana exactly?

  7. farahaznil says:

    gila sedap + kopak..hoho

Leave a Reply

Your email address will not be published.