Kelmarin, sebelum lunch break, member sekerja aku telefon dan ajak makan tengahari. Aku tanya, “Apesal tiba-tiba takde puting beliung, takde taufan, tetibe je ajak makan?”. Dia kata, “Alah….ikut je lah…. Ada orang belanja makan, makan aje la…”. Aku yang memang tengah diet time tu, terpaksalah follow he member aku tu.
Tepat jam 1300 Hrs, aku pun jumpa member aku kat tempat scan card dan clock out. Rupanya dia kata ada supplier nak belanja makan. Aku bukannya kenal pun siapa supplier ni? Tapi tak kisahlah, dah ada orang nak belanja makan, belasah je lah
. So, aku pun follow member aku ni dan rupa-rupanya kita dibawa makan ke Kedai Makan Rahmat.

Sign board restoran ni pakai tayar lori yang di ‘recycle’ semula. Tayar lori tu belum botak lagi! Tapi mungkin dah bocor kut… Nak kata sign board ni “unik” atau “budget?” itu pilihan anda. Tapi hakikatnya, taukeh kedai makan Rahmat ni memang loaded. Berkat kemajuan dan kemakmuran kedai makannya, dia ada 3 buah kereta mewah parking dekat rumah sebelah restoran tu. Sign board dia tu memang perlu ditukar atau diperbaiki, sebab ada huruf-huruf yang dah ‘vaporized’ atau lesap. Well, takpe lah, kita makan sajalah.

Ini bukan kali pertama aku mengunjung kedai makan ni. Kalau tak silap percaturan aku, ini mungkin kali ke-3 aku singgah bersantap kat sini dalam tempoh hampir 3 tahun aku mencari sekeping pizza sesuap nasi di Pasir Gudang. Masuk dalam kedai makan je, Fuhhh!!! Ramainya manusia. Supplier dan member aku yang sudah acapkali makan kat situ cakap, Kedai Makan Rahmat ni buka tengahari dan peak “hour”nya adalah dari pukul 1300 sampai 1400 Hrs. Malam taukeh dia tak berniaga. Cukuplah dengan buka bisnes tengahari je, dah masyuk banyak giller.
Aku pun kekadang terfikir, kenapalah ramai sangat pengunjung kedai makan ini. Adakah sebab makanannya? Atau sebab suasana indah nyaman angin sepoi-sepoi bahasa di tepi laut? Let’s check it out?

Semua meja memang penuh. Siap ada orang kena berdiri tunggu nak makan. Tapi aku ter”miss” ambil gambar orang berdiri.

Kedai Makan Rahmat ini sebenarnya menjadi tumpuan pekerja industri, pekerja kontrak dan projek, mereka-mereka yang hendak entertain client, mereka-mereka yang nak sekali-sekala makan special.

Ikan siakap goreng inilah yang membuatkan warga industri kawasan Pasir Gudang kemaruk santau. Bagi aku, ikan siakap besar ini cara masaknya simple: goreng je. Foto ikan siakap di atas – sudut selatan.

Foto ikan siakap – sudut utara.

Sambal kicap untuk dicicah semasa melahap si siakap tu.

Aneka masakan melayu nusantara menjadi sajian. Lauk-lauk lain pun sederhana macam biasa. Ada ayam masak merah, udang goreng (yang di pasar jual RM18/kg tu), tempeh masak cili, sambal belacan dan beberapa masakan melayu yang aku kurang familiar. Lauk lain add lagi, tapi tak order.

Sambal belacan, bukan aku yang nak, tapi member Tionghua aku yang menggemarinya.

Kalau nak minta fresh orange, minta maaflah… Takde. Tapi Kedai Makan Rahmat menawarkan air limau special. Hidangan asas air lain seperti teh, sirap dan sebagainya tu memang adalah.

Tatkala bersantap, kekadang nampak bot dan feri yang ulang alik dari Stulang Laut ke Batam. Nun jauh di sana, kelihatan Singapura, belah paya bakau.

Tengahari masa matahari mengembang terik, ada juga anak muda yang menyejukkan badan dan merapatkan ukhuwah sesama member dalam air laut. Ini pemandangan dari Kedai Makan Rahmat belah tepi, dekat tempat cuci tangan.

Bukan setakat rumah dan pondok kecil atas laut, tapi tampak di situ kren berkuasa besar berdekatan dermaga pelabuhan Pasir Gudang.
So, kalau korang berminat nak merasakan suasana desiran bayu sambil melahap menu utama ikan siakap size besar, menghalalah ke Johor Bahru > Pasir Gudang > Kampung Pasir Puteh > melalui beberapa rumah kedai dan jalan kampung. Kalau tersesat, tanyalah orang tepi jalan, tapi orang tepi jalan tu mestilah orang di kawasan Kampung Pasir Puteh. Tapi jangan datang malam sebab tak buka.
Harga, kira ok lah. Kalau atas meja ada ikan siakap goreng trade mark Kedai Makan Rahmat tu, standby RM40. Itu kira sekali dengan beberapa side dishes asas dan air limau satu jug (kalau datang 4-5 orang). Selamat mencuba dan menjamu selera.